More

    PUBG UNITED 2025 kini bermula – hadiah keseluruhan cecah USD 3 juta!

    Kejohanan esports terbesar hujung tahun kini bermula dengan pelancaran PUBG UNITED 2025 yang menyatukan dua kejohanan iaitu Kejuaraan Global PUBG (PGC) dan Kejuaraan Global PUBG MOBILE (PMGC) dalam satu pentas dunia. Kejohanan ini menawarkan jumlah hadiah USD 3 juta dengan penyertaan pasukan terbaik dari seluruh dunia.

    PMGC 2025 membuka tirai dengan pusingan The Gauntlet melibatkan 16 wakil PMSL yang perlu bersaing untuk hanya tujuh slot ke pusingan utama. Mereka yang tersingkir akan meneruskan perjuangan di Peringkat Kumpulan dan dibahagikan kepada Kumpulan GREEN dari 28 hingga 30 November manakala Kumpulan RED dari 2 hingga 4 Disember.

    Tiga pasukan terbaik setiap kumpulan mara terus ke Pusingan Akhir, lima terbawah tersingkir manakala selebihnya diberikan peluang terakhir melalui pusingan Last Chance di mana hanya dua pasukan layak ke final. Malaysia kembali diwakili oleh ALLIANCE yang membuat penampilan keempat berturut-turut di pentas global.

    Antara nama besar serantau lain termasuk D’XAVIER dan VOIN Esports bersama kelima-lima bekas MVP Pusingan Akhir PMGC yang bakal beraksi tahun ini. Pusingan Akhir PMGC 2025 akan berlangsung dari 12 hingga 14 Disember di Dewan Paragon, Siam Paragon dengan tiket rasmi dijual melalui Ticketmelon.

    PMGC tahun ini turut menampilkan INFINIX sebagai penaja telefon permainan rasmi. PUBG UNITED 2025 adalah usaha untuk mengukuhkan kedudukan ekosistem e-sukan PUBG sebagai salah satu yang paling kompetitif dan berpengaruh di dunia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured