POCO Malaysia hari ini melancarkan siri telefon pintar andalan (flagship) baharu iaitu POCO F8 Ultra dan POCO F8 Pro. Ia menampilkan pelbagai spesifikasi yang setaraf dengan telefon andalan generasi ini namun dijual pada harga yang lebih murah daripada jenama lain.
POCO F8 Ultra dilengkapi pemproses Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5 dengan cipset VisionBoost D8 bagi menjana prestasi yang sangat tinggi untuk setiap kegunaan. Dalam penanda aras AnTuTu, ia memberi markah setinggi 3,944,934 yang menunjukkan ia boleh memberi prestasi yang pantas.
Ia mempunyai beberapa fungsi khas untuk prestasi gaming pantas seperti Smart Frame Rate sehingga 120fps, Super Resolution sehingga 1.5K, Game HDR dan AI Super Resolution. Fungsi-fungsi ini dioptimakan untuk lima game popular seperti Call of Duty: Mobile dan Honkai: Star Rail.
Ia turut mempunyai teknologi penyejukan LiquidCool Technology dengan sistem IceLoop dwi-lapis dan dwi-saluran seluas 6,700mm2 untuk melesapkan haba dengan cekap.





Untuk audio, ia mempunyai tiga pembesar suara yang dibina khas dengan Bose Technology, menggunakan seni bina saluran 2.1 untuk menghasilkan kualiti bunyi yang jelas. Anda boleh pilih antara dua profil bunyi iaitu Dynamic untuk bass yang penuh atau Balanced untuk bunyi seimbang dan vokal yang jelas.
Skrinnya berukuran 6.9 inci, menggunakan panel POCO HyperRGB dengan resolusi 2K sambil menurunkan penggunaan tenaga sebanyak 19.5% berbanding POCO F7 Ultra. Kecerahannya boleh diturunkan sehingga 1 nit untuk memudahkan penggunaan dalam suasana malap.
Baterinya pula berkapasiti 6,500mAh iaitu kapasiti terbesar dalam siri POCO F Series. Ia menyokong kadar pengecasan pantas 100W HyperCharge yang boleh mengecas penuh daripada kosong dalam masa 38 minit. Ia turut mempunyai pengecasan wayarles 50W.
Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP dengan sensor Light Fusion 950 dan OIS, kamera telefoto periskop 5x 50MP yang menawarkan zum optikal 5x dan kamera ultra-lebar 50MP. Di hadapan pula terdapat kamera swafoto 32MP.
Sementara itu, POCO F8 Pro pula merupakan varian bawahan dalam siri ini, namun ia masih dilengkapi pemproses Snapdragon 8 Elite yang boleh hasilkan prestasi sangat pantas. Selain itu, ia tidak menyokong sebarang pengecasan wayarles dan kapasiti baterinya juga lebih kecil.
Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri POCO F8:

POCO F8 Ultra
- Skrin HyperGB AMOLED 6.9 inci, resolusi 2608×1200, kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 3,500 nits
- Cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5
- RAM LPDDR5X 12GB atau 16GB
- Storan dalaman UFS 4.1 256GB atau 512GB
- Kamera utama 50MP + kamera telefoto periskop 50MP + kamera ultra-lebar 50MP
- kamera hadapan 32MP
- Bateri 6,500mAh
- Pengecasan pantas 100W
- Pengecasan wayarles 50W
- Tiga pembesar suara dengan Hi-Res Audio, Dolby Atmos dan Sound by Bose
- Pengimbas cap jari ultrasonik
- Menyokong rangkaian 5G, Wi-Fi 7, Bluetooth 6.0, NFC
- Pilihan warna biru Denim Blue, hitam
- Rating kalis air IP68
- Harga:
- 12GB+256GB: RM3,199 (sebelum 18 Disember: RM2,799)
- 16GB+512GB: RM3,599 (sebelum 18 Disember: RM3,199)

POCO F8 Pro
- Skrin HyperGB AMOLED 6.59 inci, resolusi 2510×1156, kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 3,500 nits
- Cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite
- RAM LPDDR5X 12GB
- Storan dalaman UFS 4.1 256GB atau 512GB
- Kamera utama 50MP + kamera telefoto 50MP + kamera ultra-lebar 8MP
- kamera hadapan 20MP
- Bateri 6,210mAh
- Pengecasan pantas 100W
- Dua pembesar suara dengan Hi-Res Audio, Dolby Atmos dan Sound by Bose
- Pengimbas cap jari ultrasonik
- Menyokong rangkaian 5G, Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4, NFC
- Pilihan warna perak Titanium Silver, biru dan hitam
- Rating kalis air IP68
- Harga:
- 12GB+256GB: RM2,499 (sebelum 18 Disember: RM2,199)
- 12GB+512GB: RM2,699 (sebelum 18 Disember: RM2,299)
Kedua-dua telefon boleh dibeli bermula hari ini di laman web Xiaomi, Shopee dan Lazada. Jika anda membelinya sebelum 18 Disember 2025, anda boleh menerima harga promosi serta tablet REDMI Pad SE (bernilai RM499) secara percuma.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






