More

    Imigresen tawar penggantian pasport percuma untuk mangsa banjir

    Jabatan Imigresen Malaysia akan menyediakan penggantian percuma untuk Pasport Antarabangsa Malaysia (PMA) yang hilang atau rosak kepada mangsa banjir di seluruh negara, menurut Datuk Zakaria Shaaban. Tambahnya, PMA amat prihatin terhadap kesukaran yang dihadapi mangsa banjir baru-baru ini dan berharap inisiatif ini dapat meringankan beban pentadbiran mereka.

    Inisiatif ini bertujuan memudahkan urusan mangsa banjir dan memastikan perjalanan serta urusan rasmi mereka dapat diteruskan tanpa gangguan. Mangsa banjir yang pasport mereka hilang atau rosak boleh memohon penggantian percuma di mana-mana pejabat Imigresen berhampiran.

    Syarat kelayakan bagi pengecualian bayaran ini termasuk:

    • Pasport masih sah sekurang-kurangnya enam bulan
    • Menunjukkan MyKad
    • Membawa pasport asal jika masih ada
    • Menyediakan salinan laporan polis bagi pasport yang hilang
    • Mengemukakan laporan pengesahan kejadian banjir daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat atau pihak berkuasa tempatan

    Untuk pertanyaan lanjut, pemohon boleh mengunjungi mana-mana pejabat Imigresen untuk mendapatkan bantuan dan maklumat. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Malaysia Madani

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured