More

    Apple dijangka tamatkan dominasi Samsung selepas 14 tahun

    Samsung sudah lama memegang gelaran pengeluar telefon pintar nombor satu dunia, tetapi ramalan baharu daripada Counterpoint Research menunjukkan kedudukan itu akan berubah tidak lama lagi. Apple dijangka merampas semula tempat teratas menjelang akhir tahun ini selepas kali terakhir berlaku pada 2011.

    Pertumbuhan keseluruhan pasaran telefon pintar tahun depan hanya sekitar 3.3%, namun Apple dijangka tumbuh hampir tiga kali ganda lebih laju iaitu sekitar 10%. Ini cukup untuk memberi Apple pegangan pasaran 19.4% dan meletakkan Samsung di tempat kedua walaupun Samsung sendiri diramal mencatat pertumbuhan sihat hampir 5%.

    Jika Apple naik ke tangga pertama, penganalisis percaya kedudukan itu boleh kekal sekurang-kurangnya hingga 2029. Beberapa faktor utama mendorong perubahan ini seperti siri iPhone 17 mendapat sambutan kukuh di pasaran penting seperti China, gelombang naik taraf besar-besaran berlaku apabila telefon era pandemik makin uzur dan pasaran telefon terpakai terus mengukuhkan ekosistem Apple.

    Dari 2023 hingga pertengahan 2025, lebih 358 juta iPhone terpakai bertukar tangan di seluruh dunia dan kebanyakan pengguna yang masuk ke ekosistem Apple biasanya kekal di dalamnya. Di masa hadapan, Apple dijangka lebih agresif dengan pelancaran iPhone boleh lipat pada 2026, model mampu milik iPhone 17e serta perubahan rekaan besar pada 2027.

    Jika semua ramalan ini tepat, tahun depan boleh menandakan berakhirnya dominasi panjang Samsung dalam pasaran global. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Counterpoint Research

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured