Jenama kamera aksi AKASO Malaysia akan menganjurkan promosi 12.12 Mega Sale di Shopee, TikTok dan Lazada, di mana pelbagai produknya akan dijual pada harga yang lebih murah daripada biasa.
Perlu diingati bahawa setiap platform e-dagang mempunyai waktu promosi yang berbeza:
- Shopee: Bermula 11 Disember, 8pm hingga 12 Disember
- TikTok: Bermula 11 Disember, 8pm hingga 14 Disember
- Lazada: Bermula 1 hingga 12 Disember
Berikut adalah senarai kamera AKASO yang terlibat dalam promosi ini:
| Platform | Produk | Harga promosi | Hadiah percuma | Tempoh promosi |
| Shopee | Brave 4 | RM349 | Mini Storage Bag | 8pm, 11-12 Disember 2025 |
| Brave 8 | RM799 | Mini Storage Bag | ||
| 360 Standard Combo | RM899 | Penutup lensa + kad SD | ||
| 360 Creator Combo | RM1,099 | Penutup lensa + kad SD | ||
| TikTok Shop | Brave 4 | RM329 | Mini Storage Bag | 8pm, 11-14 Disember 2025 |
| Brave 8 | RM799 | Sarung kalis air + kad SD | ||
| 360 Standard Combo | RM899 | Penutup lensa + kad SD | ||
| 360 Creator Combo | RM1,099 | Penutup lensa + kad SD | ||
| Lazada | Brave 4 | RM349 | Mini Storage Bag | 1-12 Disember 2025 |
| Brave 8 | RM799 | Mini Storage Bag | ||
| 360 Standard Combo | RM899 | Penutup lensa + kad SD | ||
| 360 Creator Combo | RM1,099 | Penutup lensa + kad SD |
Selain kamera pada harga promosi, AKASO Malaysia turut menganjurkan pertandingan #MyBestMoment2025 yang akan berlangsung sehingga 31 Disember 2025. Untuk menyertai, anda boleh muat naik video ke dalam Instagram atau TikTok yang menunjukkan detik-detik indah dalam 2025.

Video yang dimuat naik perlu mempunyai hashtag #akaso360, #akaso360camera, #steadywith360 dan #MyBestMoment2025 serta tag @akasomalaysia di TikTok dan @akaso.malaysia di Instagram.
Video yang mendapat paling banyak like akan memenangi AKASO 360 (bernilai RM999), wang tunai RM300 dan AKASO Selfie Stick Tripod (bernilai RM199).
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menyertainya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







