More

    realme C85 5G pecah rekod dunia untuk ujian ketahanan air

    realme hari ini mengumumkan kejayaan besar untuk model realme C85 5G selepas memecahkan rekod dunia GUINNESS untuk kategori Bilangan Peserta Teramai Menjalankan Ujian Ketahanan Air Telefon Pintar Secara Serentak. Acara ini berlangsung pada 20 November 2025 di Cilandak Sports Center, Jakarta dan melibatkan 280 peserta yang menjalankan ujian ketahanan air serentak menggunakan unit realme C85 5G.

    Semua telefon direndam selama dua minit dan kesemuanya kekal berfungsi sebaik sahaja dikeluarkan. Ini membuktikan tahap ketahanan air yang kukuh dan realme menjelaskan bahawa C85 5G dibangunkan dengan standard IP69 Pro yang mereka dakwa menawarkan perlindungan lebih tinggi berbanding standard industri seperti IP69K, IP68 dan IP66.

    Model ini turut diuji untuk bertahan dalam 36 jenis cecair termasuk air masin dan air berklorin, mampu bertahan sehingga 30 minit pada kedalaman 6 meter serta diuji selama 60 hari pada kedalaman 0.5 meter. Selain itu, ia diluluskan untuk operasi suhu ekstrem antara kosong hingga 85 darjah Celsius serta memenuhi piawaian ketenteraan MIL-STD-810H dengan ketahanan jatuh sehingga dua meter.

    Kejayaan ini mengukuhkan misi realme untuk menawarkan segmen pertengahan yang tahan lasak pada harga mampu milik dengan memfokuskan inovasi praktikal untuk pengguna harian. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured