More

    Rusia mula haramkan aplikasi Facetime, Snapchat dan permainan Roblox

    Rusia terus mengetatkan kawalan terhadap platform digital asing. Terbaharu, Roskomnadzor yang merupakan pengawal selia komunikasi negara itu mengumumkan sekatan ke atas beberapa aplikasi popular termasuk Apple FaceTime, Snapchat dan Roblox.

    Menurut pihak berkuasa, FaceTime dan Snapchat didakwa digunakan untuk mengatur serta melaksanakan serangan pengganas, merekrut individu bagi aktiviti ekstremis serta menjalankan penipuan terhadap warga Rusia. Pengguna Apple di negara itu melaporkan panggilan FaceTime gagal dihubungkan dan hanya memaparkan notifikasi User cannot be reached.

    Dalam masa sama, Roblox pula dikatakan menyebarkan propaganda LGBTQ+ serta kandungan berunsur ekstremisme selaras dengan siri tindakan Rusia sejak beberapa tahun lalu yang kerap menyasarkan aplikasi asing selepas pencerobohan ke atas Ukraine termasuk Facebook, Instagram dan X.

    Langkah ini juga sejajar dengan pendirian Rusia terhadap Apple sejak 2023 apabila penjawat awam dilarang menggunakan peranti Apple. Ketika itu, agensi perisikan FSB menuduh Apple bekerjasama dengan Amerika Syarikat untuk mengintip pegawai kerajaan Rusia yang mana tuduhan tersebut dinafikan syarikat berkenaan.

    Terdahulu, WhatsApp juga menerima amaran risiko sekatan penuh jika gagal mematuhi undang-undang tempatan. Tindakan terbaharu ini menunjukkan Rusia semakin agresif menutup akses kepada aplikasi antarabangsa yang dianggap mengancam keselamatan negara. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Reuters

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured