More

    Netflix umum pembelian Warner Bros dan HBO dengan nilai RM100 bilion

    Netflix hari ini mengumumkan perjanjian besar untuk membeli Warner Bros. (WB) dengan nilai sekitar AS$72 bilion (~RM100 bilion) yang menjadi pengambilalihan paling besar dalam sejarah industri hiburan. Perjanjian merangkumi studio Warner Bros., HBO dan perkhidmatan penstriman HBO Max bersama keseluruhan bahagian Streaming & Studios milik Warner Bros. Discovery (WBD).

    Namun, proses pengambilalihan ini tidak berlaku serta-merta kerana WBD perlu memisahkan terlebih dahulu bahagian Global Networks termasuk CNN, Discovery Channel dan TNT Sports ke dalam sebuah syarikat baharu bernama Discovery Global. Pemisahan ini dijangka siap menjelang suku ketiga 2026 sebelum Netflix boleh mengambil alih bahagian yang tinggal.

    Netflix menjelaskan bahawa operasi WB akan dikekalkan seperti biasa termasuk tayangan filem di pawagam. Syarikat itu juga merancang menambah perpustakaan filem dan siri TV milik WB, HBO dan HBO Max ke platform Netflix untuk memberikan pelanggan akses kepada katalog kandungan yang lebih luas.

    Keseluruhan transaksi dijangka dimuktamadkan dalam tempoh 12 hingga 18 bulan tertakluk kepada proses pemisahan dan kelulusan pihak berkuasa. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Netflix

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured