More

    ASUS ROG XG Mobile 2025 rasmi di Malaysia dengan eGPU RTX 5070 Ti berharga RM6,299

    Terbaharu, ASUS Malaysia mengumumkan ketibaan rasmi ROG XG Mobile (2025) iaitu eGPU mudah alih generasi baharu untuk pengguna laptop dan peranti Thunderbolt. ROG XG Mobile (2025) untuk pasaran Malaysia dilengkapi GPU NVIDIA GeForce RTX 5070 Ti dengan VRAM GDDR7 12GB yang menawarkan prestasi grafik setara desktop dalam bentuk yang sangat kompak.

    GPU ini menyokong kuasa sehingga 140W TGP yang menjadikannya antara eGPU paling berkuasa dalam kelasnya. Ia juga kini menggunakan sambungan Thunderbolt 5, namun masih serasi dengan Thunderbolt 4 dan USB4. ASUS turut menyertakan PSU dalaman 330W dan pelbagai port I/O seperti HDMI 2.1, DisplayPort 2.1, dua USB-A, LAN RJ-45 serta pembaca kad SD.

    Untuk penyejukan, ROG XG Mobile 2025 menggunakan rekaan vapor chamber dengan permukaan penyejukan lebih besar untuk membantu mengekalkan prestasi stabil walaupun di bawah beban tinggi. Reka bentuk luarannya turut dikemas kini dengan panel separa telus bersama pencahayaan RGB Aura Sync.

    Berat keseluruhan sekitar 956 gram yang mana ia lebih ringan berbanding model sebelum ini. Ketibaan XG Mobile 2025 bukan sekadar eGPU, tetapi boleh berfungsi sebagai pusat sambungan lengkap untuk monitor, aksesori dan LAN berwayar tanpa perlu PC desktop. ROG XG Mobile (2025) dijual di Malaysia pada harga RM6,299 dan tersedia melalui pengedar rasmi ASUS.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia untuk tempahan di Malaysia

    Nothing mengumumkan pelancaran peranti Nothing Phone (4b) dan fon telinga Nothing Ear (3a) untuk pasaran Malaysia. Tempahan secara dalam talian dibuka bermula...

    Oppo A7 Pro dilancar dengan bateri 8,000mAh, paparan OLED 120Hz dan kamera 50MP

    OPPO melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu OPPO A7 Pro secara rasmi di China yang dipasarkan untuk segmen kelas pertengahan dengan fokus utama...

    MediaTek Helio G99+ diperkenal untuk peranti mampu milik dengan RAM LPDDR5X

    MediaTek secara rasmi menyenaraikan pemproses cip 4G baharu iaitu Helio G99+ pada laman web rasmi mereka. Langkah ini diambil bagi memastikan kelangsungan...

    HUAWEI Pura X View dilancar dengan skrin lebar 16:9.5, bateri 7,000mAh dan kamera 200MP...

    HUAWEI secara rasmi mengumumkan harga dan ketersediaan HUAWEI Pura X View selepas memperkenalkannya secara ringkas bulan lalu. HUAWEI Pura X View menampilkan...

    Xiaomi 18 Fold tiba dengan reka bentuk “Mid-Fold”, cip XRING O3 dan RAM LPDDR6

    Xiaomi melancarkan telefon pintar lipat terbaharu Xiaomi 18 Fold di China yang menampilkan rekaan yang dinamakan sebagai "mid-fold" iaitu gabungan saiz antara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured