More

    Cipset Samsung Exynos 2600 mungkin akan digunakan dalam siri Galaxy S26 di satu negara sahaja

    Samsung telah pun melancarkan cipset Exynos 2600 iaitu sebuah cipset flagship yang akan dilengkapkan pada siri telefon pintar Samsung Galaxy S26 pada tahun hadapan. Cipset tersebut dijangka akan dilengkapkan dalam model Galaxy S26 dan Galaxy S26+, manakala model Galaxy S26 Ultra akan menggunakan cipset flagship pesaing iaitu Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5.

    Kini terdapat laporan bahawa tidak semua negara akan menerima penggunaan cipset seperti yang tertera di atas. Berdasarkan laporan daripada CTT Research, siri Galaxy S26 yang dilengkapkan dengan Exynos 2600 mungkin hanya akan ditawarkan di Korea Selatan sahaja, manakala negara-negara lain akan menerima siri Galaxy S26 dengan cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5.

    Ini mungkin disebabkan oleh tiga perkara. Pertama, telefon-telefon Samsung yang menggunakan cipset Exynos sebelum ini selalunya tidak setanding dengan telefon yang menggunakan cipset Snapdragon yang setaraf. Ini membuatkan pelanggan lebih mengutamakan varian Snapdragon berbanding Exynos, termasuklah untuk siri Galaxy S26 yang akan datang.

    Kedua, Samsung mungkin tidak boleh mengilangkan cipset Exynos 2600 dalam jumlah yang besar. Ia akan dikilangkan dengan proses pembinaan 2nm generasi kedua oleh Samsung Foundry dan setakat ini ia hanya boleh mengilangkan cipset tersebut pada kadar 50% sahaja.

    Ketiga, Samsung mempunyai perjanjian dengan Qualcomm yang memerlukan 75% daripada siri Galaxy S untuk menggunakan cipset Snapdragon. Walaupun Samsung boleh mengilangkan Exynos 2600 dalam jumlah yang banyak sekali pun, mereka masih perlu menghormati perjanjian dengan Qualcomm untuk melengkapkan cipset Snapdragon dalam telefon Galaxy S.

    Setakat ini masih tiada maklumat rasmi daripada Samsung mengenai isu ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Galaxy S26 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Sammobile

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured