More

    COROS PACE 4 dilancar di Malaysia: AMOLED 1.2″, bateri 19 hari, fokus larian berharga RM1,099

    COROS Malaysia hari ini memperkenalkan jam tangan pintarnya yang terbaru iaitu COROS PACE 4 yang dikhaskan untuk penggemar sukan larian. Jam tangan pintar ini mempunyai berat 32 gram sahaja dengan tali jam nilon supaya ia rasa ringan pada tangan dan tidak mengganggu larian anda.

    Ia mempunyai skrin AMOLED berukuran 1.2 inci bagi menyediakan imej dengan warna yang terang dan mudah dilihat bawah cahaya matahari terik. Hayat baterinya pula boleh bertahan sehingga 19 hari dengan penggunaan biasa atau sehingga 41 jam jika GPS dihidupkan.

    Ia mempunyai mikrofon dalaman yang menyokong fungsi rakaman suara Voice Pins, supaya anda boleh rekod log latihan dengan mudah. Ia turut menawarkan beberapa fungsi khas untuk sukan larian seperti markah senaman larian, ramalan perlumbaan, pelan maraton peribadi, Effort Pace dan Virtual Pacer.

    Selain fungsi larian, ia turut dilengkapi fungsi-fungsi penjejakan kesihatan seperti keragaman degupan jantung (HRV), kualiti tidur, waktu pemulihan serta kitaran haid.

    Sewaktu berlari, jam ini juga boleh digunakan untuk mengawal media anda seperti melangkau ke lagu seterusnya atau mengawal podcast.

    COROS PACE 4 akan dijual di Malaysia pada harga RM1,099 bermula 11 Disember 2025 jam 8:00 malam. Ia boleh didapati di Shopee, Lazada, TikTok, Pangu serta pengedar-pengedar sah.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan jam tangan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured