More

    Samsung Galaxy Z Fold 8 dijangka membawa peningkatan kamera telefoto & ultra lebar

    Apabila Samsung melancarkan Galaxy Z Fold 7, terdapat dua peningkatan utama yang menjadi tumpuan iaitu pada reka bentuk baharu yang lebih segar dan kamera utama dengan penggunaan sensor 200MP. Namun persoalannya, apakah pembaharuan yang boleh dijangkakan pada Galaxy Z Fold 8 yang dijangka hadir pada tahun 2026? Walaupun masih awal, beberapa maklumat awal sudah mula terdedah.

    Daripada segi kamera, Galaxy Z Fold 8 (nama kod Q8) dijangka membawa penambahbaikan terpilih, namun pada masa sama mengekalkan beberapa elemen sedia ada. Kamera utama 200MP dijangka dikekalkan, sesuatu yang tidak mengejutkan. Namun, kedua-dua kamera hadapan di mana satu pada skrin luar dan satu pada skrin dalaman, masih menggunakan sensor 10MP yang agak menarik memandangkan siri Galaxy S telah lama meninggalkan sensor 10MP sejak Galaxy S23.

    Perubahan lebih ketara dijangka berlaku pada kamera telefoto dan ultra lebar. Kamera telefoto mengekalkan zum optikal 3x, tetapi menerima peningkatan resolusi kepada 12MP, sama seperti yang dijangka pada siri Galaxy S26. Kamera ultra lebar pula dinaik taraf kepada 50MP, sama seperti Galaxy S25 Ultra, menjadikan sistem kamera Fold lebih hampir dengan model Ultra.

    Model Fold yang satu lagi (kod H8) juga dikatakan menerima kamera ultra lebar 50MP, namun sama ada ia akan menjadi versi ‘Fan Edition’ masih belum dapat dipastikan. Memandangkan Galaxy Z Fold 8 dijangka hanya dilancarkan sekitar Julai 2026, lebih banyak butiran dijangka akan muncul dalam tempoh terdekat.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Galaxyclub (Belanda)

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured