More

    HONOR, Yes sumbangkan peranti, sambungan 5G bernilai RM40,000 untuk tingkatkan rawatan hospis Malaysia

    Yes dan HONOR Malaysia hari ini mengumumkan sumbangan berjumlah RM40,000 kepada Hospis Malaysia bagi meningkatkan keupayaan digital pusat jagaan tersebut yang menyediakan penjagaan paliatif berdasarkan komuniti.

    Dengan sumbangan ini, HONOR akan menyumbangkan 20 unit HONOR Pad 10 5G manakala Yes akan menyediakan ketersambungan 5G percuma dengan data dan kelajuan tanpa had. Kedua-dua sumbangan ini akan memudahkan para petugas penjagaan paliatif Hospis Malaysia untuk kekal berhubung ketika membuat lawatan ke rumah, konsultasi jarak jauh dan penyelarasan penjagaan merentas kepakaran.

    Dengan sambungan 5G daripada Yes, petugas boleh menyelaras maklumat pesakit dalam masa nyata, serta membuat keputusan klinikal dan memberikan penjagaan dengan lebih pantas dan penuh keprihatinan di mana-mana sahaja.

    HONOR Pad 10 5G

    HONOR Pad 10 5G pula dipilih kerana ia mempunyai skrin yang besar (12.1 inci), terang dan lengkap dengan ciri-ciri penjagaan mata. Ia turut mempunyai prestasi yang lancar dengan cipset Qualcomm Snapdragon 7 Gen 3, kapasiti bateri besar (10,100mAh) dan alat-alat penulisan berasaskan kecerdasan buatan (AI). Semua ini akan memudahkan para petugas untuk semak maklumat, rekod nota klinikal dan merunding bersama rakan-rakan sepasukan dengan lebih cekap.

    HONOR Pad 10 5G telah pun dilancar di Malaysia pada bulan Ogos lalu dengan harga bermula RM1,799 untuk versi 5G dan RM1,499 untuk versi Wi-Fi sahaja.

    Selain itu, Yes mengumumkan bahawa dengan pengaktifan 5G Advanced di seluruh negara baru-baru ini, semua HONOR Pad 10 5G akan menerima kemas kini perisian tegar melalui udara (FOTA) pada suku pertama 2026 untuk menyokong teknologi terbaru ini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured