More

    Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan Diesel turun mulai 18 Disember

    Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara diturunkan masing-masing sebanyak tiga sen dan dua sen kepada RM3.24 seliter dan RM2.62 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Disember 2025. Penurunan harga ini diumumkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) selaras dengan perkembangan semasa pasaran minyak dunia.

    Bagi diesel pula, harga runcit di Semenanjung Malaysia diturunkan empat sen kepada RM3.02 seliter, manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter untuk tempoh yang sama. Sementara itu, harga petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter.

    MOF memaklumkan kerajaan akan terus memantau pergerakan harga minyak mentah global dan menyelaras harga runcit petrol serta diesel berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM). Langkah ini bertujuan memastikan kestabilan harga sambil menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat secara berterusan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Portal Rasmi Kementerian Kewangan

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured