More

    ASUS dilapor tidak akan lancar telefon pintar baharu pada 2026

    ASUS dilaporkan tidak akan melancarkan sebarang telefon pintar baharu sepanjang tahun 2026 walaupun ramai peminat menantikan kehadiran model seperti Zenfone 13 Ultra atau siri ROG Phone 10. Telefon pintar terkini ASUS setakat ini ialah Zenfone 12 Ultra yang dilancarkan pada Februari tahun lalu.

    Namun menurut laporan terbaharu, keputusan untuk tidak memperkenalkan produk baharu tahun ini dikatakan datang terus daripada pihak ASUS sendiri. Walaupun tiada pelancaran baharu dirancang, ASUS memberi jaminan bahawa semua peranti sedia ada akan terus menerima sokongan penuh termasuk penyelenggaraan, kemas kini perisian serta perlindungan jaminan.

    Setakat ini, ASUS tidak menjelaskan sebab rasmi di sebalik keputusan tersebut. Namun, pemerhati industri berpendapat prestasi jualan telefon pintar ASUS yang semakin merosot mungkin mendorong syarikat itu menilai semula keutamaan perniagaannya.

    ASUS dipercayai mahu memberi tumpuan lebih besar kepada segmen komputer dan perkakasan PC iaitu pasaran di mana pegangan dan kekuatan jenamanya jauh lebih kukuh berbanding telefon pintar. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: DIGITIMES

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured