More

    CES 2026: Infinix tunjukkan inovasi “gaming” sebenar untuk telefon pintar!

    Sempena CES 2026, Infinix memperkenalkan beberapa teknologi baharu yang memfokuskan kepada komunikasi satelit, sistem penyejukan aktif untuk permainan, reka bentuk belakang peranti interaktif serta ekosistem aksesori modular berasaskan AI. Antara pengumuman utama ialah penyelesaian komunikasi satelit global pertama Infinix untuk telefon pintar pengguna.

    Teknologi ini menyokong liputan hampir dua pertiga permukaan bumi dengan kadar penghantaran sehingga 4kbps yang membenarkan panggilan suara dua hala dan penghantaran mesej. Sistem ini tidak memerlukan pendaftaran tambahan, menyokong peralihan automatik antara rangkaian selular dan satelit serta boleh digunakan melalui mod pembesar suara atau fon kepala Bluetooth.

    Siri Infinix NOTE 60 disahkan sebagai model pertama yang akan menggunakan teknologi ini. Dalam aspek prestasi, Infinix memperkenalkan HydroFlow Liquid Cooling Architecture, sistem penyejukan cecair aktif yang menggunakan teknologi Dual-Piezoelectric-Ceramic Single-Pump.

    Ia akan menggerakkan cecair berfluorin pada kadar aliran sehingga 6.5 ml/min, dua kali lebih pantas berbanding sistem penyejukan aktif konvensional dengan liputan 100 peratus pada sumber haba utama papan induk. Tambahan, teknologi ini digabungkan dengan kipas piezoelektrik ultra nipis setebal 0.1mm yang beroperasi pada 25,000 getaran sesaat dan menawarkan kecekapan pelesapan haba lebih 10 kali ganda berbanding kipas berbilah tradisional.

    Infinix turut mempamerkan aksesori permainan baharu termasuk pengawal berasingan dengan pad sentuh sensitif tekanan bersaiz besar dan kependaman rendah serta butang kawalan magnetik tanpa wayar yang menggunakan suis mikro gred tetikus. Aksesori ini direka untuk memanfaatkan prestasi stabil yang disokong oleh sistem penyejukan aktif.

    Daripada sudut rekaan, Infinix memperkenalkan Active Visual Backplate Technology yang membolehkan panel belakang peranti memaparkan kesan visual dinamik tanpa penggunaan kuasa tambahan. Ia menggunakan struktur optik mikro, bahan termo-kromatik dan foto-kromatik bagi menghasilkan perubahan warna, animasi berbilang bingkai dan kesan 3D bergantung kepada sudut pandangan, suhu serta cahaya persekitaran.

    Infinix juga mengumumkan sistem AI ModuVerse iaitu ekosistem aksesori modular yang disambungkan melalui antara muka magnetik. Modul yang diperkenalkan termasuk Mic Modu untuk pengurangan hingar, SportsCam Modu dengan penstabilan, Meeting Modu untuk terjemahan dan nota, StackPower Modu untuk bekalan kuasa tambahan serta VlogCam Modu dengan penjejakan subjek dan kawalan gerak isyarat berasaskan AI.

    Semua teknologi ini dipamerkan semasa CES 2026 dan belum diumumkan tarikh pelancaran komersial khusus mengikut pasaran. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured