More

    Povec C1 diumum sebagai kacamata pintar elektrokromik pertama di dunia

    Povec Optics memperkenalkan cermin mata pintar baharu Povec C1 di CES 2026 dengan fokus pada pengubahsuaian kegelapan lensa mengikut keadaan cahaya. Berbeza daripada cermin mata pintar biasa yang menumpu pada kamera, paparan atau pembantu suara, Povec C1 menggunakan lensa elektrokrimik yang boleh menukar kegelapan dalam kira-kira satu saat.

    Pengguna boleh mengawal sendiri tahap kegelapan lensa melalui jalur sensitif sentuhan pada sisi bingkai. Ia direka untuk situasi dengan pencahayaan tidak menentu seperti larian awal pagi, laluan berbasikal di hutan atau permukaan air terbuka dengan pantulan cahaya berubah-ubah.

    Lensa elektrokrimik mengubah warna apabila arus voltan rendah melintasi lapisan bahan konduktif. Ia merupakan teknologi yang sama digunakan pada kenderaan mewah dan sunroof panoramik tetapi Povec mengecilkan sistem ini untuk dimuatkan dalam bingkai nipis.

    Selain kawalan kegelapan lensa, Povec C1 dilengkapi perlindungan UV400, rawatan anti-silau, lensa tahan hentakan yang lulus ujian jatuhan besi dan boleh beroperasi sehingga 28 hari dengan penggunaan kira-kira empat jam sehari. Ia dicas melalui USB-C dan cermin mata akan automatik aktif apabila dibuka dan mati apabila disimpan.

    Bingkai diperbuat daripada bahan ringan TR90 dengan penarafan IP65 untuk ketahanan terhadap peluh, hujan dan percikan air serta disertakan tiga pad hidung boleh ditukar untuk keselesaan jangka panjang. Povec Optics merancang pelancaran Povec C1 pada Mei 2026 dengan harga anggaran antara $250 (~RM1015) hingga $350 (~RM1420).

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured