More

    iQOO Z11 Turbo tampil dengan cip Thunder Z1, kurangkan “lag” Wi-Fi sehingga 76%

    iQOO mengesahkan bahawa telefon pintar baharu iQOO Z11 Turbo akan dilancarkan secara rasmi di China pada 15 Januari ini. Ia diposisikan sebagai model berprestasi tinggi dengan fokus utama kepada pengalaman permainan, kestabilan rangkaian, hayat bateri dan penggunaan komponen dalaman bertaraf mercu.

    Berdasarkan pengacah rasmi, iQOO Z11 Turbo akan dilengkapi Global Esports Network System 2.0 iaitu cip peningkatan isyarat permainan Thunder Z1. Menurut iQOO, cip ini direka untuk meningkatkan kestabilan rangkaian dengan dakwaan pengurangan gangguan permainan sehingga 76.47% berbanding generasi terdahulu khususnya ketika menggunakan sambungan Wi-Fi 5GHz melalui empat lapisan dinding.

    Sistem ini turut menyokong AI Gaming Network Smart Selection yang berfungsi memilih rangkaian terbaik secara automatik berdasarkan keadaan masa nyata. Selain itu, model ramalan gangguan berasaskan AI turut digunakan bagi menjangka masalah isyarat lebih awal dan melaraskan prestasi rangkaian secara proaktif yang bertujuan mengekalkan sambungan stabil.

    Daripada segi sambungan, iQOO Z11 Turbo akan menyokong GPS dwi-frekuensi untuk ketepatan navigasi yang lebih baik selain sokongan 5G dengan reka bentuk 24 antena sekeliling bagi memastikan penerimaan isyarat yang konsisten tanpa mengira cara peranti dipegang. Untuk paparan, peranti ini dijangka menggunakan skrin LTPS OLED bersaiz 6.59 inci dengan resolusi 1.5K dan kadar segar semula 144Hz.

    Ia akan dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Gen 5 serta ditawarkan dalam beberapa konfigurasi memori termasuk RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan dalaman UFS 4.1 sehingga 1TB. iQOO turut mengesahkan penggunaan bateri berkapasiti 7,600mAh yang didakwa sebagai terbesar dalam kelas saiznya dengan sokongan pengecasan pantas 100W.

    Walaupun dilengkapi bateri besar, peranti ini dijangka mengekalkan reka bentuk yang nipis pada 7.9mm dengan berat sekitar 202 gram. Ciri lain yang dijangka hadir termasuk pengimbas cap jari ultrasonik 3D, kamera utama 200MP, penarafan IP68 dan IP69 untuk ketahanan air dan habuk serta sistem operasi Android 16 yang dijalankan bersama OriginOS 6.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured