More

    Apple perkenal Apple Creator Studio, langganan akses aplikasi kreatif berharga RM29.90/bulan

    Apple baru-baru ini mengumumkan pelancaran Apple Creator Studio iaitu langganan baharu yang memberi akses kepada koleksi aplikasi kreatif penting bagi penggubah video, muzik, imej dan produktiviti visual. Apple Creator Studio akan tersedia di App Store mulai 28 Januari 2026 dengan harga RM29.90 sebulan atau RM299 setahun.

    Pengguna juga ditawarkan percubaan percuma satu bulan sebelum caj langganan bermula. Langganan ini merangkumi akses kepada beberapa perisian kreatif utama termasuk Final Cut Pro, Logic Pro, Pixelmator Pro, Motion, Compressor dan MainStage. Selain itu, langganan ini turut menyediakan kandungan premium dan ciri tambahan berasaskan kecerdasan buatan (AI) untuk aplikasi produktiviti seperti Keynote, Pages, Numbers dan Freeform.

    Apple mengekalkan pilihan bagi pengguna yang masih ingin membeli perisian individu secara berasingan tanpa langganan. Versi pembelian sekali (one-time purchase) untuk perisian seperti Final Cut Pro, Pixelmator Pro, Logic Pro, Motion, Compressor dan MainStage kekal tersedia di Mac App Store. Ia memudahkan pencipta kandungan dengan akses kepada pelbagai alat profesional dalam satu pakej termasuk ciri tambahan yang tidak tersedia dalam versi asas aplikasi.

    Pengguna boleh memilih sama ada untuk melanggan set lengkap melalui Creator Studio atau membeli aplikasi individu bergantung kepada keperluan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured