More

    YouTube: Ibu bapa kini boleh kawal akaun remaja, tetapkan had tontonan “Shorts”

    YouTube mengumumkan beberapa kemas kini baharu yang memberi lebih kawalan kepada ibu bapa dalam menyesuaikan pengalaman tontonan remaja termasuk keupayaan mengehadkan masa menatal kandungan YouTube Shorts. Menurut YouTube, ibu bapa kini boleh menetapkan had masa tontonan Shorts untuk akaun remaja yang diselia termasuk pilihan menetapkan had kepada sifar.

    Ciri ini membolehkan ibu bapa mengawal sepenuhnya penggunaan kandungan video pendek bergantung kepada situasi seperti waktu belajar atau perjalanan. Selain itu, ibu bapa juga boleh menetapkan peringatan Bedtime dan Take a Break secara tersuai bagi akaun remaja untuk melengkapkan perlindungan sedia ada yang telah diaktifkan secara automatik.

    Dalam usaha meningkatkan kualiti kandungan untuk penonton remaja, YouTube turut memperkenalkan prinsip dan panduan baharu untuk pencipta kandungan. Garis panduan ini dibangunkan bersama YouTube dan Center for Scholars & Storytellers di UCLA dengan sokongan pakar global dalam bidang kesejahteraan digital serta psikologi.

    Prinsip ini akan digunakan dalam sistem cadangan YouTube bagi meningkatkan pendedahan kandungan berkualiti tinggi dan bersesuaian umur termasuk kandungan pendidikan. Dalam kemas kini akan datang, proses pendaftaran akaun keluarga akan dikemas kini untuk memudahkan ibu bapa mencipta akaun kanak-kanak dan menukar antara akaun dalam aplikasi mudah alih mengikut siapa yang sedang menonton.

    YouTube menegaskan bahawa mereka ingin kekal sebagai platform yang selamat dan sesuai untuk setiap peringkat umur khususnya bagi pengguna di bawah 18 tahun. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    EU KIDS Act diperkenal untuk lindungi kanak-kanak bawah 15 tahun

    Suruhanjaya Eropah telah mengumumkan cadangan rasmi bagi rang undang-undang EU KIDS Act yang bertujuan mempertingkatkan keselamatan kanak-kanak dalam talian di seluruh Kesatuan...

    Penuntut Monash menang James Dyson Award 2026 Malaysia menerusi peranti ZeMor

    Pelajar tahun akhir kejuruteraan dari Monash University Malaysia, Hayley Nea Iaduray, diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan James Dyson Award 2026 menerusi ciptaan peranti...

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured