More

    REDMI Buds 8 Lite turut rasmi di Malaysia dengan ANC 42dB dan harga promosi RM79

    Xiaomi Malaysia baru-baru ini mengumumkan pelancaran fon telinga wayarles terbaharu iaitu REDMI Buds 8 Lite yang memfokuskan kepada gabungan fungsi praktikal dan nilai mampu milik untuk kegunaan harian. Ia hadir dengan pemacu audio bersaiz besar 12.4mm berasaskan diafragma titanium yang direka untuk menghasilkan bunyi lebih jelas.

    Ia menggunakan sambungan Bluetooth 5.4, menyokong codec audio AAC serta SBC bagi memastikan keserasian luas dan kualiti audio stabil merentasi pelbagai peranti. REDMI Buds 8 Lite menyokong mod Transparency untuk kesedaran persekitaran serta pembatalan hingar aktif hibrid sehingga 42dB bagi frekuensi luas.

    Sistem ANC ini menggunakan gabungan mikrofon hadapan dan maklum balas untuk menapis bunyi latar berfrekuensi rendah dengan lebih berkesan. Bagi panggilan, teknologi dwi-mikrofon AI ENC membantu mengekalkan kejelasan suara pengguna walaupun dalam keadaan berangin sehingga 6m/s. Terdapat juga lima mod EQ pratetap dan tetapan bunyi melalui aplikasi Xiaomi Earbuds.

    REDMI Buds 8 Lite menyokong sambungan kepada dua peranti serentak dan boleh bertukar secara automatik antara telefon pintar dan komputer riba bergantung kepada sumber panggilan. Fon telinga ini menyokong pengecasan pantas yang membolehkan sehingga dua jam penggunaan muzik hanya dengan pengecasan selama 10 minit.

    Dengan bekas pengecas, ia menawarkan hayat bateri keseluruhan sehingga 36 jam. REDMI Buds 8 Lite ditawarkan dalam warna hitam, putih dan biru. Ia dijual pada harga promosi pengenalan serendah RM79 (harga asal RM129) dan boleh didapati di semua kedai Xiaomi di seluruh negara, mi.com, kedai rasmi Xiaomi di Shopee, Lazada dan TikTok Shop bermula 15 Januari.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...