More

    Garena umum hala tuju Free Fire 2026 dengan format baharu, skala global lebih besar

    Garena secara rasmi mengumumkan Free Fire 2026 Esports Roadmap untuk menandakan tahun kompetitif yang lebih besar dengan pengembangan penyertaan global, format kejohanan baharu dan kepulangan Free Fire ke Esports World Cup 2026. Bermula tahun hadapan, acara global Free Fire akan menampilkan 24 pasukan, meningkat daripada 18 sebelum ini.

    Ini membuka peluang kepada lebih banyak rantau baharu untuk bersaing di peringkat tertinggi. Dua kejohanan antarabangsa utama akan menjadi tumpuan iaitu ‘Free Fire at 2026 Esports World Cup’ yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi dari 15 hingga 18 Julai dan FFWS Global Finals 2026 yang dijadualkan bermula 6 November di Bangkok, Thailand.

    Kedua-dua kejohanan ini masing-masing menghimpunkan 24 pasukan terbaik dunia dengan juara Esports World Cup menerima slot automatik ke FFWS Global Finals. Selain itu, Garena turut memperkenalkan kejohanan Clash Squad buat pertama kali yang akan bermula pada Mac 2026. Ia akan beroperasi di luar sistem FFWS bagi menawarkan variasi kompetitif baharu kepada pemain.

    Bagi Malaysia, kalendar esports Free Fire 2026 merangkumi Free Fire Malaysia Championship Spring, FFWS Malaysia Spring, Free Fire Ramadan Cup, kejohanan Fall dan peringkat Asia Tenggara. Free Fire Ramadan Cup 2026 akan menjadi kejohanan dalam talian pertama seumpamanya dengan 18 pasukan dan hadiah wang USD25,000.

    Perlawanan Free Fire Malaysia Championship Spring turut menawarkan hadiah keseluruhan USD70,000 yang merangkumi mod Battle Royale dan Clash Squad dengan pasukan terbaik mara ke peringkat serantau. Kesemua kejohanan utama akan disiarkan secara langsung di Astro TV, YouTube dan TikTok lengkap dengan siaran Bahasa Melayu.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured