More

    Fender Audio rasmi masuk Malaysia, perkenal “speaker” ELIE dan fon kepala MIX

    Fender Audio kini rasmi memasuki pasaran Malaysia dengan pelancaran dua kategori produk audio peribadi premium iaitu siri pembesar suara mudah alih ELIE dan fon kepala MIX. Kedua-dua produk pertama kali diperkenalkan di CES 2026 dan telah menerima beberapa pengiktirafan Best of CES.

    Siri pembesar suara Bluetooth mudah alih ELIE iaitu singkatan kepada Extremely Loud Infinitely Expressive ditawarkan dalam dua model iaitu ELIE 6 dan ELIE 12. Kedua-duanya dilengkapi subwoofer terbina dan menggunakan teknologi Waves System on a Chip yang dikatakan sebagai yang pertama seumpamanya untuk pembesar suara.

    Pendekatan ini menggabungkan pemprosesan DSP dan sistem audio secara lebih menyeluruh yang membolehkan output bunyi lebih kuat, herotan lebih rendah serta kecekapan kuasa yang lebih baik berbanding pembesar suara lain dalam kelas saiz sama. Fender Audio memposisikan siri ELIE bukan sekadar pembesar suara muzik tetapi sebagai hab audio serba guna untuk kegunaan semua situasi.

    Ia menyokong sehingga empat saluran audio serentak dengan kependaman rendah. Pengguna boleh menggabungkan sumber Bluetooth, input berwayar melalui kabel XLR atau ¼ inci dan saluran wayarles tambahan menggunakan aksesori Fender Audio yang serasi. Pembesar suara ini juga boleh dipadankan dalam mod stereo atau disambungkan kepada beberapa unit untuk bunyi lebih menyeluruh.

    Selain pembesar suara, Fender Audio turut memperkenalkan fon kepala MIX yang direka dengan konsep modular bagi membolehkan komponen tertentu diganti dari semasa ke semasa. Pendekatan ini bertujuan memanjangkan jangka hayat produk serta menyesuaikan penggunaan mengikut keperluan dan citarasa pengguna.

    Ia menggunakan pemacu graphene 40mm dan menyokong hybrid active noise cancellation, dwi mikrofon dengan pembatalan hingar sekeliling serta mod penggunaan berwayar dan wayarles. Ia turut disertakan dengan pemancar USB-C FWD Tx yang membolehkan audio tanpa kehilangan kualiti melalui LHDC V, transmisi kependaman rendah LC3 serta sokongan Auracast.

    MIX menawarkan sehingga 100 jam penggunaan yang menjadikannya antara fon kepala dengan jangka hayat bateri terpanjang dalam segmennya. Untuk pasaran tempatan, ELIE 12 ditawarkan pada harga RM1,899 manakala ELIE 6 dan fon kepala MIX masing-masing berharga RM1,399. Kesemua produk ini dijadualkan mula dijual secara rasmi pada Februari 2026 melalui saluran dalam talian dan fizikal termasuk kedai rasmi Fender Audio di Lazada, Shopee dan Swap Asia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured