More

    realme P4 Power tiba dengan Titan Battery 10,001mAh, bakal dilancar 29 Januari ini

    realme bakal memperkenalkan sebuah telefon pintar baharu yang memfokuskan ketahanan bateri menerusi penggunaan bateri berkapasiti 10,001mAh yang dikenali sebagai Titan Battery. Peranti yang dilaporkan akan dinamakan realme P4 Power ini dijangka menjadi telefon komersial pertama menggunakan sel silikon-karbon berkapasiti lima digit dan menandakan peralihan ke arah reka bentuk telefon pintar yang mengutamakan jangka hayat penggunaan.

    Menurut realme, Titan Battery bukan hanya dibangunkan untuk kapasiti besar semata-mata, tetapi turut menekankan aspek kesihatan dan keselamatan bateri bagi mengurangkan kadar degradasi dalam penggunaan jangka panjang. Berdasarkan laporan awal, peranti ini berpotensi menawarkan hampir seminggu penggunaan biasa dengan satu cas penuh selain mampu mencapai kira-kira 32.5 jam penstriman video berterusan sebelum bateri habis.

    realme P4 Power disahkan akan dilancarkan dengan bateri tersebut dan dijangka hadir dengan paparan bersaiz besar, sokongan kadar segar semula tinggi, spesifikasi prestasi semasa dan menyokong sambungan 5G. Pelancaran realme P4 Power dijadualkan berlangsung di pasaran terpilih seperti India pada Januari 2026.

    Namun, setakat ini belum ada pengesahan sama ada peranti ini akan dipasarkan secara global. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: realme

     

    Artikel Terkini

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured