More

    Anda akan mula nampak iklan di Threads bermula minggu hadapan – Ini sebabnya

    Meta mengumumkan peluasan global paparan iklan di Threads selepas setahun platform itu menjalani ujian terhad di beberapa pasaran terpilih. Langkah ini menandakan peralihan Threads daripada fasa percubaan kepada pelaksanaan komersial berskala penuh dengan iklan akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna dan pasaran di seluruh dunia.

    Sebelum ini, iklan di Threads hanya diuji dalam skala kecil dengan pengiklan di Amerika Syarikat dan Jepun antara yang terawal terlibat. Bermula minggu hadapan, Meta akan memulakan peluasan iklan secara global dengan pelaksanaan dijangka mengambil masa beberapa bulan bagi memastikan sistem dapat diskalakan secara berperingkat.

    Keputusan ini dibuat susulan pertumbuhan pesat Threads yang kini dianggarkan mempunyai sekitar 400 juta pengguna aktif bulanan menjadikannya komponen semakin penting dalam ekosistem media sosial Meta. Iklan di Threads akan dipaparkan secara natif dalam suapan utama aplikasi dan menyokong format biasa seperti imej, video dan karusel sama seperti di Facebook dan Instagram.

    Meta memaklumkan iklan ini dikuasakan oleh sistem pengiklanan berasaskan kecerdasan buatan yang menyesuaikan kandungan iklan berdasarkan tingkah laku dan minat pengguna. Bagi pengiklan, Threads menambah platform iklan baharu dalam sistem Meta Ads yang membolehkan iklan sama di Facebook atau Instagram turut dipaparkan di Threads tanpa perlu bina kempen baharu.

    Ini membolehkan jenama mencapai audiens Threads tanpa perlu membina strategi iklan yang berasingan. Walaupun iklan kini diaktifkan secara global, Meta menegaskan bahawa penghantaran iklan akan bermula pada kadar rendah. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Facebook

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured