More

    Korea Selatan luluskan peraturan AI pertama dunia

    Korea Selatan secara rasmi telah menguatkuasakan undang-undang bagi mengawal selia teknologi kecerdasan buatan (AI). Langkah ini menjadikan mereka antara negara terawal di dunia yang mempunyai kerangka undang-undang khusus untuk menangani cabaran teknologi masa hadapan.

    Undang-undang baharu itu menetapkan bahawa mana-mana syarikat yang menghasilkan kandungan menggunakan AI generatif seperti gambar atau video kini diwajibkan untuk meletakkan label yang jelas. Ini bertujuan untuk memerangi penyebaran berita palsu dan kandungan deepfake yang semakin berleluasa.

    Selain itu, sistem AI yang dikategorikan sebagai “berimpak tinggi” (seperti yang digunakan dalam sektor kesihatan, kewangan dan keselamatan awam) perlu melalui pemeriksaan keselamatan yang lebih ketat sebelum boleh digunakan secara meluas. Walaupun undang-undang ini bertujuan melindungi pengguna, komuniti syarikat pemula di Korea Selatan menyuarakan kebimbangan.

    Mereka berpendapat syarat pematuhan yang ketat ini boleh menambah kos operasi yang tinggi dan mungkin membantutkan inovasi berbanding pesaing dari luar negara. Dalam perkembangan lain, kerajaan Malaysia melalui Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) juga sedang merangka Rang Undang-Undang (RUU) AI sendiri yang dijangka akan dibentangkan pada Jun 2026.

    Langkah Korea Selatan ini dilihat sebagai “eksperimen awal” yang akan menjadi rujukan Malaysia dalam mengimbangi antara keperluan keselamatan rakyat dan sokongan terhadap pertumbuhan ekonomi digital yang bernilai bilion ringgit. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Reuters

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured