More

    Mudahkan penulisan ilmiah, OpenAI perkenal Prism untuk penyelidik dunia

    OpenAI kini memperkenalkan Prism iaitu sebuah ruang kerja percuma berasaskan AI yang direka khas untuk memudahkan golongan saintis dan penyelidik menulis serta bekerjasama dalam penghasilan kajian. Platform ini dikuasakan oleh model terbaharu GPT-5.2 dan sudah pun tersedia bagi semua pengguna yang mempunyai akaun peribadi ChatGPT.

    Namun, akses untuk pengguna pelan Business, Enterprise dan Education bakal ditawarkan dalam masa terdekat. Prism bertujuan untuk menyelesaikan masalah utama dalam dunia penyelidikan di mana proses menyediakan draf, menyemak hujah serta mengurus rujukan sering kali berselerak di pelbagai aplikasi berbeza seperti editor teks, fail PDF dan sistem pengurusan rujukan.

    Dengan menyatukan semua fungsi ke dalam satu ruang kerja berasaskan awan yang menyokong format LaTeX secara asli, penyelidik dapat mengekalkan fokus tanpa perlu bertukar-tukar aplikasi yang boleh mengganggu tumpuan kerja. Melalui integrasi GPT-5.2, sistem ini mempunyai keupayaan untuk memahami struktur kertas kajian, mengurus perkiraan matematik yang kompleks serta membantu mencari sumber yang relevan secara automatik.

    Antara ciri menarik yang ditawarkan termasuklah kebolehan menukar lakaran persamaan atau rajah daripada papan putih terus kepada format LaTeX, fungsi suntingan melalui arahan suara dan sokongan kolaborasi masa nyata bersama rakan penulis atau pelajar tanpa had projek.

    Platform ini dibina berasaskan teknologi Crixet iaitu sebuah syarikat platform LaTeX yang telah diambil alih oleh OpenAI untuk memastikan pengalaman penulisan saintifik yang lebih mantap. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured