More

    Samsung Galaxy A07 5G dilancar di Malaysia dengan sokongan perisian 6 tahun bermula RM699

    Samsung hari ini melancarkan Galaxy A07 5G secara rasmi di Malaysia sebagai tambahan baharu dalam segmen telefon pintar 5G mampu milik. Galaxy A07 5G dilengkapi skrin LCD HD+ bersaiz 6.7 inci dengan kadar segar semula 120Hz. Peranti ini dikuasakan cip MediaTek Dimensity 6300, dipadankan dengan RAM 8GB serta pilihan storan sehingga 256GB.

    Baterinya pula berkapasiti 6,000mAh dan menyokong pengecasan melalui port USB-C. Samsung turut menawarkan sokongan kemas kini sehingga enam versi sistem operasi utama serta enam tahun kemas kini keselamatan selari dengan model LTE. Bagi fotografi, Galaxy A07 5G hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang 50MP dan 2MP manakala kamera hadapan menggunakan sensor 8MP.

    Peranti ini turut mempunyai penarafan ketahanan IP54 terhadap percikan air dan habuk. Di Malaysia, Galaxy A07 5G ditawarkan pada harga RM699 bagi varian 8/128GB storan. Varian dengan 8/256GB pula dijual pada harga RM949. Bagi tempoh terhad, varian storan tertinggi ditawarkan dengan rebat RM250 menjadikan harganya RM699.

    Galaxy A07 5G akan mula dijual bermula 30 Januari 2026 dalam tiga pilihan warna iaitu Light Green, Light Purple dan Light Black. Sempena pelancaran, Samsung turut menawarkan promosi pembelian dari 30 Januari hingga 28 Februari 2026 di Samsung Online Store, Samsung Experience Store, pengedar sah serta platform e-dagang terpilih.

    Sepanjang tempoh tersebut, pembeli layak membeli sehingga satu unit Galaxy Buds Core dan Galaxy Fit3 pada harga diskaun dalam satu transaksi di kedai terpilih. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured