More

    Warna Cobalt Violet jadi taruhan, ini spesifikasi Samsung Galaxy S26 Ultra yang bakal dilancar

    Samsung dijadualkan melancarkan Galaxy S26 Ultra secara global pada 25 Februari ini dengan memperkenalkan varian warna Cobalt Violet sebagai tarikan utama. Peranti ini dibina dengan kerangka titanium yang lebih nipis pada ukuran 7.9mm dan berat 214 gram.

    Paparan skrin menggunakan panel Dynamic AMOLED 2X bersaiz 6.9 inci yang menyokong teknologi Privacy Display bagi mengehadkan sudut pandangan serta mencapai kecerahan puncak 3,000 nits. Galaxy S26 Ultra dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 (3nm) dan dipadankan dengan RAM minimum 16GB untuk operasi Android 16 serta One UI 8.5.

    Sistem kamera belakang mengekalkan sensor utama 200MP dengan bukaan aperture f/1.4 yang lebih besar bagi meningkatkan kemasukan cahaya. Konfigurasi kamera turut dibantu oleh lensa ultra lebar 50MP, telefoto 10MP (3x) dan periskop 50MP (5x) yang menyokong rakaman video sehingga 8K 60fps.

    Sektor kuasa peranti ini dilengkapi bateri berkapasiti 5,000mAh yang kini menyokong pengecasan pantas berwayar 60W iaitu peningkatan berbanding 45W pada model terdahulu. Ia juga mengintegrasikan pengecasan wayarles magnetik Qi2 standard bagi memudahkan sambungan aksesori.

    Jualan rasmi dijangka bermula pada Mac 2026 dengan anggaran harga pelancaran sekitar $1,299 (~RM5,140). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: X Evan Blass

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured