More

    Dongfeng lancar sedan elektrik 007 dan SUV VIGO di Malaysia, harga bermula RM100,000

    Dongfeng Motor Corporation hari ini mengembangkan portfolio kenderaan elektriknya di Malaysia dengan pelancaran dua model baharu iaitu sedan elektrik Dongfeng 007 dan SUV elektrik Dongfeng VIGO. Sebagai sebahagian daripada tawaran pelancaran, Dongfeng menyediakan pakej pemilikan lanjutan yang merangkumi wall box ABB percuma, waranti kenderaan selama enam tahun dengan perbatuan tanpa had serta waranti trenkuasa selama lapan tahun juga tanpa had perbatuan.

    Model utama yang diperkenalkan ialah Dongfeng 007 iaitu sebuah sedan elektrik jenis liftback yang dijangka ditawarkan pada harga bermula RM161,000 selepas diskaun pelancaran khas RM8,888. Ia mencatat pecutan 0–100 km/j dalam 3.9 saat, jarak pemanduan sehingga 650 km serta menyokong pengecasan pantas yang mampu menambah jarak pemanduan ketara dalam kira-kira 11 minit.

    Ia turut dilengkapi sistem audio premium WANOS dengan 19 pembesar suara termasuk audio pada perehat kepala. Turut membuat kemunculan di Malaysia ialah Dongfeng VIGO iaitu sebuah SUV elektrik yang memfokuskan ruang dalaman dan praktikaliti. Ia menawarkan ruang but 500 liter bersama ruang simpanan tersembunyi tambahan berkapasiti 72 liter, disokong jarak roda panjang dan nisbah ruang guna yang tinggi bagi segmennya.

    Ciri utama VIGO ialah pintu belakang jenis “Heaven and Earth Gate” yang direka dalam bentuk belahan dan mampu menampung beban sehingga 150 kg membolehkan bahagian belakang kenderaan digunakan sebagai platform aktiviti luar. Bahagian kabin VIGO menampilkan sistem Smart Cockpit dengan skrin sentuh HD bersaiz 12.8 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.

    Ia turut dilengkapi mod pintar seperti Rest, Camping dan Music Speaker yang melaraskan tetapan kabin secara automatik mengikut senario penggunaan. Ciri lain termasuk pengecasan wayarles 50W, bumbung panoramik, pencahayaan ambien 256 warna dengan penyelarasan muzik serta fungsi vehicle-to-load berkuasa 3.3 kW. VIGO hadir dengan sistem bantuan pemandu Tahap 2 serta kamera panorama 540 darjah dengan paparan casis lut sinar.

    Penebatan bunyi menyeluruh turut digunakan bagi memastikan kabin yang lebih senyap. Model ini menyokong pengecasan pantas DC sehingga 167 kW yang membolehkan pengecasan 80 peratus dalam kira-kira 18 minit dan dilengkapi sistem pengurusan haba pintar yang dioptimumkan untuk iklim tropika Malaysia. Harga VIGO dijangka bermula RM100,000 selepas diskaun pelancaran RM8,888.

    Sempena kemasukan rasminya ke pasaran tempatan, Dongfeng turut melancarkan program Dongfeng Ambassador Search yang terbuka kepada rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang. Tiga pemenang akan menerima hadiah wang tunai sehingga RM100,000 serta penajaan kenderaan Dongfeng pilihan masing-masing selama satu tahun.

    Dalam perancangan jangka panjang, Dongfeng memaklumkan hasrat untuk membina kehadiran tempatan yang kukuh bagi menyokong operasi jualan dan selepas jualan termasuk kemungkinan meneroka pemasangan tempatan secara knock-down pada masa hadapan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...