More

    SARA 2026: PM umum penambahan makanan sejuk beku, sasar 10,000 kedai rakan niaga

    Kerajaan mengumumkan penambahbaikan utama bagi program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 dengan peluasan kategori barangan kepada makanan sejuk beku sebagai barangan yang boleh dibeli menggunakan kredit SARA selain barangan asas sedia ada seperti beras, minyak masak dan telur.

    Secara keseluruhan, program SARA kini melibatkan 15 kategori barangan keperluan asas merangkumi kira-kira 140,000 jenis produk. Dalam usaha memperluas akses, kerajaan menyasarkan penyertaan 10,000 kedai runcit kecil di seluruh negara sebagai rakan niaga SARA menjelang hujung tahun ini yang dapat mengurangkan kebergantungan kepada pasar raya besar.

    Selain itu, radius pencarian kedai rakan niaga turut dipendekkan kepada 7 kilometer berbanding 10 kilometer sebelum ini bagi memudahkan penerima terutama di kawasan luar bandar. Seramai 22 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerima kredit RM100 secara one-off yang dimasukkan terus ke dalam akaun MyKad masing-masing bermula hari ini.

    Kredit tersebut boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan di kedai rakan niaga terpilih sehingga 31 Disember 2026. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured