More

    HONOR rai ulang tahun ke-5 di Malaysia, umum pegangan pasaran tertinggi

    HONOR meraikan ulang tahun kelimanya di Malaysia serta mengumumkan kedudukan sebagai jenama telefon pintar dan tablet nombor satu daripada segi pegangan pasaran berdasarkan jualan kepada pengguna pada suku keempat 2025 (S4 2025). Ia diraikan menerusi majlis HONOR of Malaysia 5th Anniversary Gala.

    Menurut wakil HONOR, pencapaian ini dapat dicapai hasil sokongan berterusan pengguna Malaysia sejak mereka memasuki pasaran tempatan lima tahun lalu. Menurutnya, pembangunan produk HONOR di Malaysia diperkemas melalui maklum balas pengguna tempatan termasuk pengguna beta, jurugambar dan pelajar, selain ujian penggunaan dunia sebenar.

    HONOR menghargai sumbangan komuniti pengguna menerusi lapan kategori anugerah yang merangkumi sokongan produk, penglibatan beta, pembangunan bakat dan sumbangan kreatif. HONOR of Malaysia Awards Project turut dilancar bagi mengiktiraf rakyat Malaysia yang memberi sumbangan bermakna kepada masyarakat.

    Sebagai fasa sulung program berkenaan, tiga individu dipilih sebagai penerima Anugerah HONOR of Malaysia iaitu Mohd Adli Yahya, Prakash Surriyamurthy atau Cikgu Prakash dan Siti Normala Adrus yang dikenali sebagai Mak Jah. Mohd Adli Yahya merupakan pengasas Autism Cafe Project yang ditubuhkan pada 2016 bagi menyediakan latihan kemahiran dan peluang pekerjaan inklusif kepada individu autistik dengan lebih 100 penerima manfaat setakat ini.

    Cikgu Prakash ialah guru tuisyen sepenuh masa yang mengajar Bahasa Melayu dan Sejarah kepada pelajar sekolah menengah di sekitar Lembah Klang sejak lebih 16 tahun lalu walaupun mengalami cacat penglihatan. Mak Jah pula mengusahakan gerai makanan yang menawarkan nasi campur RM3 serta menyediakan makanan percuma kepada pelajar setiap hari Selasa bagi membantu komuniti berpendapatan rendah.

    Dalam perkembangan berkaitan, HONOR mengumumkan penganjuran Jelajah Fotografi Kebangsaan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 yang akan memaparkan landskap, warisan budaya dan kehidupan harian Malaysia menerusi fotografi mudah alih. Hasil karya terpilih daripada program tersebut akan dipamerkan di peringkat antarabangsa sempena Pameran Global HONOR 2026 dengan maklumat lanjut penyertaan akan diumumkan melalui platform rasmi HONOR Malaysia.

    HONOR memaklumkan bahawa mereka akan terus menumpukan usaha membangunkan pengalaman teknologi bersama pengguna tempatan serta menyumbang kepada komuniti di Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured