More

    KPDN kaji sekat kad kredit luar negara untuk pembelian RON95

    Kerajaan sedang mengkaji langkah untuk menyekat penggunaan kad kredit negara luar di stesen minyak khususnya bagi pembelian petrol RON95 bersubsidi sebagai usaha mengekang ketirisan subsidi. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata kajian ini melibatkan kemungkinan melarang transaksi menggunakan kad kredit yang didaftarkan di luar negara di terminal pembayaran luar stesen minyak.

    Ia merupakan sebahagian daripada penambahbaikan pelaksanaan subsidi petrol bersasar di bawah inisiatif BUDI Madani RON95 (Budi95). Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan juga sedang menyediakan peraturan baharu bagi melarang kenderaan berdaftar asing daripada membeli petrol RON95 bersubsidi yang disasarkan berkuat kuasa 1 April 2026.

    Armizan berkata peruntukan sedia ada di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 ketika ini lebih tertumpu kepada penguatkuasaan terhadap pengusaha stesen minyak, namun kerajaan sedang meneliti keperluan untuk memperluaskan tindakan undang-undang terhadap individu yang menyalahgunakan subsidi.

    Beliau turut memaklumkan penguatkuasaan akan dipertingkatkan melalui operasi pemantauan termasuk penggunaan pegawai penyamaran di lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan tumpuan penyalahgunaan subsidi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Star

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured