More

    Samsung Galaxy Unpacked 2026 berlangsung 26 Februari ini, jom tebus baucar RM150!

    Samsung secara rasmi mengumumkan penganjuran acara Galaxy Unpacked Februari 2026 yang akan berlangsung pada 26 Februari 2026. Acara pelancaran global itu akan diadakan di San Francisco, Amerika Syarikat dengan siaran langsung bermula 2.00 pagi waktu Malaysia pada hari yang sama.

    Menurut Samsung, acara tersebut akan memperkenalkan telefon Galaxy generasi baharu yang menumpukan kepada penggunaan kecerdasan buatan (AI) bagi memudahkan tugasan harian pengguna. Walaupun Samsung tidak menyatakan nama model secara spesifik, pelancaran ini dijangka melibatkan siri Galaxy S terbaharu.

    Samsung turut memaklumkan bahawa siaran langsung Galaxy Unpacked boleh ditonton melalui pelbagai platform rasmi termasuk Samsung Newsroom, YouTube, Instagram, Facebook dan LinkedIn. Selain itu, sesiapa yang mendaftarkan diri dari 11 hingga 25 Februari 2026 layak menerima e-baucar bernilai RM150 untuk pembelian produk Samsung terpilih tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

    Setakat ini, Samsung masih belum mendedahkan butiran lanjut berkaitan spesifikasi, harga atau tarikh jualan peranti yang bakal diumumkan dalam acara tersebut. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menyertainya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung Newsroom Malaysia

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured