More

    Akhirnya! WhatsApp Web kini boleh buat panggilan suara dan video terus dari “browser”

    WhatsApp secara rasmi mula memperkenalkan ciri panggilan suara dan video secara terus melalui pelayar web (WhatsApp Web). Ia sebelum ini hanya tersedia melalui aplikasi desktop dan aplikasi mudah alih sejak platform tersebut dilancarkan pada 2015.

    Menurut laporan WABetaInfo, ia kini dilepaskan secara berperingkat kepada pengguna program beta. Pada fasa awal, sokongan panggilan hanya terhad kepada komunikasi satu-ke-satu manakala fungsi panggilan kumpulan yang menyokong sehingga 32 peserta dijangka akan diperkenalkan pada masa hadapan.

    Kemas kini ini turut menyertakan ciri perkongsian skrin (screen sharing) semasa panggilan video berlangsung. Untuk keselamatan, semua panggilan di WhatsApp Web menggunakan protokol Signal bagi memastikan penyulitan hujung-ke-hujung (end-to-end encryption) secara automatik.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WABetaInfo

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured