More

    Apple tambah pengguna baharu lebih banyak daripada gabungan 7 jenama utama dunia

    Laporan Counterpoint Research mengesahkan Apple kini mendominasi peranti aktif global apabila hampir satu daripada empat telefon pintar yang digunakan di seluruh dunia pada tahun 2025 adalah iPhone. Dengan pegangan pasaran sekitar 25 peratus, Apple mengatasi pesaing terdekatnya Samsung yang memegang 20 peratus pegangan.

    Data terbaharu diperoleh menjadikan Apple dan Samsung jenama yang berjaya melepasi angka satu bilion peranti aktif secara global. Dominasi Apple dilihat semakin kukuh apabila syarikat itu menambah jumlah peranti baharu bersih yang lebih tinggi berbanding gabungan tujuh pengeluar utama lain sepanjang tahun lalu.

    ​Selain Apple dan Samsung, enam lagi jenama iaitu Xiaomi, OPPO, vivo, Transsion, HUAWEI dan HONOR kini memiliki pengguna melebihi 200 juta unit dengan HONOR menjadi ahli terbaharu menyertai kelompok elit tersebut manakala Motorola dan realme dilaporkan semakin menghampiri angka berkenaan.

    Trend pasaran semasa menunjukkan peranti aktif global meningkat dua peratus meskipun pengguna kini menyimpan telefon lebih lama dengan purata kitaran penggantian mencapai hampir empat tahun. Keupayaan Apple dan Samsung mengekalkan pengguna dalam ekosistem premium menunjukkan bahawa saiz pangkalan aktif lebih penting daripada angka penghantaran unit dalam menjamin kesetiaan pelanggan dan pertumbuhan hasil perkhidmatan jangka panjang.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Counterpoint

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured