vivo Malaysia akan menayangkan filem pendek bersempena Tahun Baharu Cina berjudul “Unsaid, Still Felt” pada 13 Februari 2026. Filem tersebut dirakam sepenuhnya menggunakan telefon pintar vivo X300 Pro. Menurut vivo Malaysia, produksi filem menggunakan set rakaman mudah alih tanpa kelengkapan produksi tradisional berskala besar.
vivo X300 Pro menyokong rakaman video 4K pada 120fps dalam format 10-Bit Log serta dilengkapi ZEISS Gimbal-Grade Main Camera. Filem berkenaan menampilkan pelakon tempatan Jordan Voon Sow-Peng dan pencipta kandungan komedi Alvin Zhang Xiao Zi (Teo Khai Ming). Filem pendek ini bertemakan hubungan kekeluargaan dalam komuniti Cina khususnya mengenai emosi yang jarang diluahkan secara langsung tetapi dizahirkan melalui tindakan harian.

Seiring dengan tayangan filem tersebut, vivo Malaysia turut melancarkan pertandingan fotografi dalam talian bertemakan “Let Love Be Spoken” yang berlangsung dari 12 hingga 28 Februari 2026. Pertandingan terbuka kepada semua pengguna telefon pintar. Peserta perlu merakam momen berinspirasikan Tahun Baharu Cina berdasarkan empat kategori iaitu Self-Love, Family Love, Romantic Love atau Friend Love.
Gambar perlu dimuat naik ke media sosial bersama kapsyen dedikasi serta tanda pagar #vivoX300Series, #X300ZEISSImageGoFurther dan #vivoX300LetLoveBeSpoken. Penyertaan berganda dibenarkan selagi karya adalah asli. Pengguna telefon pintar vivo turut digalakkan mengaktifkan watermark kamera.


Hadiah yang ditawarkan ialah vivo X300 Blue untuk pemenang tempat pertama, vivo Buds bagi tempat kedua dan koleksi pin eksklusif vivo untuk tempat ketiga. Terakhir, siri vivo X300 kini ditawarkan di seluruh negara melalui kedai konsep vivo dan pengedar sah. Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui saluran dan laman rasmi vivo Malaysia.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







