More

    Kerajaan kaji penggunaan MyKad untuk pembelian minyak masak bersubsidi

    Kerajaan melalui Kementerian Kewangan Malaysia sedang meneliti cadangan menggunakan MyKad sebagai mekanisme pengesahan identiti bagi pembelian minyak masak bersubsidi sebagai sebahagian daripada usaha memperkemas sistem subsidi bersasar. Cadangan itu melibatkan integrasi dengan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan pelaksanaan di bawah skim Cooking Oil Price Stabilisation Scheme (eCOSS).

    Menurut sumber, langkah tersebut bertujuan mengurangkan ketirisan subsidi serta memastikan hanya golongan layak menerima manfaat secara lebih tepat dan telus. Cadangan tersebut kini sedang diperhalusi bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) termasuk aspek teknikal dan mekanisme pengesahan di peringkat runcit.

    Sebagai rujukan, penggunaan MyKad dalam program subsidi bersasar sedia ada seperti BUDI95 dilaporkan mampu memproses kira-kira 3.1 juta transaksi sehari manakala program SARA pula mencatatkan kadar penggunaan sekitar 99 peratus melalui kad pengenalan. Kerajaan memaklumkan cadangan penggunaan MyKad bagi pembelian minyak masak bersubsidi masih di peringkat kajian dan belum dimuktamadkan.

    Pendekatan ini dilihat sebagai kesinambungan kepada usaha digitalisasi sistem bantuan serta pengagihan subsidi yang lebih bersasar kepada kumpulan yang layak menerima. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured