More

    Sony perkenal WF-1000XM6 dengan cip QN3e dan ANC dipertingkat di Malaysia

    Sony Malaysia secara rasmi melancarkan fon telinga wayarles premium WF-1000XM6 untuk pasaran tempatan dengan keupayaan pembatalan hingar aktif (ANC) terbaik Sony setakat ini yang menggunakan pemacu audio 8.4mm bersama gabungan cip HD Noise Cancelling Processor QN3e, Integrated Processor V2, Multi Noise Sensor serta Adaptive NC Optimiser.

    Menurut Sony, ia mampu memberikan peningkatan kira-kira 25% prestasi ANC berbanding generasi terdahulu. WF-1000XM6 menyokong Multipoint Connection untuk pertukaran automatik antara peranti, Bluetooth 5.3, teknologi peningkatan audio DSEE Extreme serta sokongan julat frekuensi 20 Hz hingga 20,000 Hz pada pensampelan 44.1 kHz dan sehingga 40,000 Hz melalui codec LDAC pada 96 kHz 990 kbps.

    Ia turut dilengkapi sensor bone conduction dan sistem mikrofon berbilang untuk penapisan bunyi serta kualiti panggilan yang lebih baik. Setiap unit fon telinga mempunyai berat sekitar 6.5 gram dan menawarkan sehingga lapan jam penggunaan berterusan dengan ANC diaktifkan manakala bekas pengecas menyediakan jumlah penggunaan keseluruhan sehingga 24 jam.

    Masa pengecasan sekitar 1.5 jam untuk fon telinga dan dua jam untuk untuk kotak pengecas. Kotak pengecas pula menyokong pengecasan tanpa wayar dan USB selain dilengkapi penarafan kalis percikan air IPX4. WF-1000XM6 ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan platinum silver untuk pasaran Malaysia.

    Ia ditawarkan pada harga rasmi RM1,599 dengan harga tempahan diperkenalkan pada RM1,249 iaitu diskaun sekitar 21% untuk tempoh terhad selagi stok masih ada. Penghantaran dijadual bermula 3 Mac 2026. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured