Kira-kira 70 model peranti di bawah jenama Xiaomi, Redmi dan POCO dijangka bakal menerima kemas kini Android 17 berdasarkan polisi sokongan perisian rasmi syarikat tersebut. Senarai peranti utama yang terlibat merangkumi siri mercu seperti Xiaomi 17, Xiaomi 15, Xiaomi 14 dan Xiaomi 13 serta model boleh lipat seperti MIX FLIP 2 dan MIX FOLD 4.
Bagi barisan Redmi, kemas kini ini dijangka tersedia untuk siri Redmi Note 15, Redmi Note 14, siri K90, K80 dan Turbo 5 manakala bagi jenama POCO pula melibatkan model POCO F8, F7, X7, M8 serta M7.

Selain telefon pintar, tablet seperti Xiaomi Pad 8 dan Pad 7 turut tersenarai dalam perancangan kemas kini ini yang dijangka akan mula dilepaskan secara stabil sekitar Jun hingga Julai 2026. Walau bagaimanapun, ketersediaan bagi model kelas bajet mungkin berlaku lebih lewat pada penghujung tahun 2026 tertakluk kepada pengumuman rasmi akhir daripada pihak Xiaomi.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Xiaomi Time







