Sekarang ini warga sekitar Putrajaya sudah tidak perlu pening kepala mengejar masa ke bazaar untuk mendapatkan juadah berbuka puasa kerana Bazaar Ramadan Presint 3 kini boleh dipesan terus melalui aplikasi foodpanda hasil kolaborasi dengan Perbadanan Putrajaya. Penduduk sekitar boleh memesan makanan bermula hari ini sehingga 20 Mac 2026.
Menerusi program rintis ini, lebih 200 gerai bazaar dibawakan secara digital melalui butang khas “Ramadan Bazaar” dalam aplikasi untuk memudahkan mereka yang mempunyai jadual padat terutamanya golongan profesional dan ibu bapa bagi mendapatkan hidangan kegemaran.


Langkah-langkah untuk memesan:
- Buka aplikasi foodpanda dan pilih petak “Ramadan Bazaar”.
- Lihat pelbagai pilihan juadah yang tersedia di Bazaar Ramadan Putrajaya.
- Pilih makanan kegemarab anda dan teruskan ke proses pembayaran (check out).
- Bertenang sementara makanan anda diambil, dibungkus dan dihantar dalam tempoh 40-50 minit.
Steff Yong, Pengarah Pemasaran foodpanda Malaysiamenjelaskan bahawa inisiatif ini bukan sekadar tentang penghantaran makanan tetapi bertujuan memberikan semula masa berharga kepada pengguna sambil menyokong pendapatan vendor serta rakan penghantar melalui cara yang lebih segar dan moden dalam menikmati tradisi.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memesan foodpanda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






