More

    Samsung Galaxy Unpacked 2026: Untuk peminat Malaysia, ini apa yang anda perlu tahu!

    Samsung mengesahkan acara Galaxy Unpacked 2026 akan berlangsung pada 26 Februari ini dengan siaran langsung bermula jam 2.00 pagi waktu Malaysia. Acara tersebut akan distrim secara rasmi melalui laman web Samsung Malaysia, Samsung Newsroom serta platform digital termasuk YouTube, Instagram, Facebook dan LinkedIn.

    Semasa acara tersebut, Samsung dijangka memperkenalkan generasi baharu peranti Galaxy bersama penekanan kepada evolusi kecerdasan buatan. Menurut Samsung, pelancaran kali ini menandakan fasa baharu dalam era Galaxy AI dengan fokus kepada kecerdasan yang lebih peribadi, adaptif dan berasaskan konteks penggunaan harian.

    Menjelang acara tersebut, Samsung melaksanakan kempen global berskala besar dengan pemasangan paparan 3D video billboard di 17 lokasi mercu tanda dunia termasuk di Los Angeles, London, Seoul, Tokyo, Ho Chi Minh dan Kuala Lumpur di Pavilion Elite sebagai sebahagian daripada usaha mempamerkan keupayaan Galaxy AI dalam penciptaan imej dan kandungan kreatif.

    Di Malaysia, Samsung turut membuka pendaftaran minat bermula 11 hingga 25 Februari 2026 yang menawarkan e-voucher RM150 untuk pembelian peranti Galaxy terpilih yang dilancarkan pada acara Unpacked selain peluang memenangi hadiah misteri bernilai keseluruhan sehingga RM68,000.

    Galaxy Unpacked 2026 dijangka menjadi platform utama Samsung untuk memperkenalkan hala tuju baharu ekosistem Galaxy dengan integrasi AI merentas peranti dan pengalaman pengguna yang lebih pintar serta terselaras. Untuk yang berminat, anda boleh mendaftarkan diri di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured