More

    WhatsApp sedang bangunkan ciri jadual mesej untuk pengguna iPhone

    WhatsApp kini dilaporkan sedang membangunkan fungsi baharu yang membolehkan pengguna menjadualkan mesej untuk dihantar secara automatik pada waktu tertentu. Menurut sumber, ia ditemui dalam kemas kini WhatsApp beta untuk iOS versi 26.7.10.72 melalui program TestFlight, namun masih berada pada peringkat pembangunan dan belum lagi tersedia kepada penguji beta.

    Melalui ciri ini, pengguna boleh menulis mesej seperti biasa, kemudian menetapkan tarikh dan masa penghantaran. Mesej tersebut akan dihantar secara automatik apabila tiba waktu yang ditetapkan tanpa memerlukan sebarang tindakan lanjut daripada pengguna.

    Semua mesej yang telah dijadualkan akan disimpan dalam satu seksyen khas dalam paparan info sembang yang membolehkan pengguna menyemak, mengurus atau memadam mesej sebelum ia dihantar dan jika mesej dipadam sebelum waktu penghantaran, penerima tidak akan menerima sebarang notifikasi kerana mesej tersebut belum dihantar.

    Berdasarkan maklumat awal, fungsi ini dijangka menyokong kedua-dua sembang individu dan kumpulan. Walaupun ia telah ditemui dalam kod versi beta, ia masih belum dilancarkan secara rasmi dan tiada jaminan bila ia akan dilepaskan kepada pengguna umum.

    Seperti ciri lain yang sedang dibangunkan, WhatsApp lazimnya akan menguji fungsi secara dalaman sebelum diedarkan kepada penguji beta dan seterusnya kepada pengguna global secara berperingkat. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WABetaInfo

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured