More

    Kadar dan cara bayar zakat fitrah “online” 2026 (1447H) seluruh Malaysia

    Kadar zakat fitrah bagi tahun 1447 Hijrah bersamaan 2026 Masihi telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di seluruh negara dengan kadar minimum bermula serendah RM7.50 seorang, manakala kadar tertinggi mencecah RM25 bergantung kepada jenis beras yang dimakan.

    Penetapan kadar ini adalah berdasarkan harga semasa beras serta kadar gantang Baghdad bersamaan kira-kira 2.6 kilogram beras, selaras dengan ketetapan syarak. Bagi tahun ini, kebanyakan negeri mengekalkan struktur tiga kadar bayaran iaitu kadar wajib minimum dan dua kadar galakan bagi pengguna beras premium.

    Antara kadar rasmi mengikut negeri adalah seperti berikut:

    Pembayaran boleh dilakukan tanpa perlu ke kaunter melalui platform berikut:

    • Aplikasi perbankan dan e-dompet seperti MAE (Maybank), Touch ‘n Go eWallet dan Boost.
    • Portal rasmi zakat setiap negeri seperti eZakat, Zakat Selangor, MAIWP dan LZNK.
    • JomPAY: Gunakan kod Biller yang disediakan di laman web zakat negeri masing-masing.
    • Aplikasi MyZakat: Aplikasi rasmi yang menyatukan pelbagai urusan zakat di bawah JAWHAR.

    Saluran fizikal:

    • Amil bertauliah di masjid dan surau.
    • Kaunter zakat negeri.
    • Kaunter bergerak di lokasi awam dan bazar Ramadan.

    Jika anda memerlukan maklumat tentang zakat fitrah atau zakat lain, anda boleh mengunjungi laman web pusat pungutan zakat di negeri masing-masing. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured