More

    Pengecas Anker 160W dengan skrin pintar kini di Malaysia, harga bermula RM229

    Anker baru-baru ini telah melancarkan barisan pengecas baharu dengan paparan pintar (smart display) di Malaysia yang diketuai model mercu Anker Prime Smart Display Charger 160W (A2687) yang turut menerima pengiktirafan sebagai honoree di CES 2026 Innovation Awards.

    Pelancaran ini mengukuhkan kedudukan Anker sebagai jenama pengecas No.1 dunia dengan fokus kepada pengalaman pengecasan lebih pantas, selamat dan pintar melalui paparan masa nyata serta pengoptimuman kuasa berasaskan kecerdasan buatan.

    Anker Prime Smart Display Charger 160W hadir dengan tiga port USB-C dan output maksimum 160W, menggunakan teknologi PowerIQ 5.0 untuk mengagihkan kuasa secara pintar antara peranti yang disambungkan. Sistem keselamatan ActiveShield 4.0 pula berfungsi mengawal suhu dan memastikan pengecasan kekal stabil serta selamat sepanjang penggunaan.

    Paparan terbina membolehkan pengguna memantau output kuasa, suhu operasi dan status pengecasan setiap port secara masa nyata dalam satu skrin. Dari segi rekaan, pengecas ini seberat 220 gram dan 43 peratus lebih kecil berbanding pengecas 140W Apple, menjadikannya lebih kompak untuk kegunaan harian di rumah, pejabat atau ketika perjalanan.

    Selain model 160W, Anker turut memperkenalkan Anker Nano Smart Display Charger 100W (A121B) yang direka khusus untuk kegunaan pelbagai peranti. Model ini menawarkan output 100W yang kekal stabil walaupun digunakan secara berterusan melebihi 50 minit dengan pengagihan kuasa pintar termasuk konfigurasi 95W dan 5W.

    Ini adalah untuk memastikan peranti berkuasa tinggi seperti komputer riba dan peranti kecil seperti telefon atau aksesori dapat dicas serentak dengan selamat. Ia turut menyokong pengecasan pantas Xiaomi 90W untuk peranti yang serasi, selain dilengkapi paparan masa nyata serta cip dwi-GaN dengan sistem ActiveShield 3.0 bagi kawalan suhu yang lebih efisien.

    Dalam masa sama, Anker turut memperluas ekosistem pengecasannya dengan beberapa model tambahan termasuk Anker Nano Smart Display Charger 140W (A2697), Anker Prime Powerbank 300W (A110A), Anker Prime Powerbank 220W (A110B) serta Anker Nano Laptop Powerbank 165W (A1695) yang dilengkapi kabel USB-C boleh tarik dan paparan TFT.

    Kedua-dua model utama mula dijual di Malaysia bermula 25 Februari 2026 dengan Anker Prime Smart Display Charger 160W (A2687) berharga RM489 dan Anker Nano Smart Display Charger 100W (A121B) berharga RM229. Produk ini boleh didapati melalui peruncit elektronik terpilih serta saluran e-dagang rasmi Anker di Lazada, Shopee dan TikTok Shop.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu pengecas yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured