More

    Tempahan ROG x Kojima Productions di Malaysia kini dibuka sehingga 3 Mac 2026

    ASUS Republic of Gamers (ROG) Malaysia mengumumkan pembukaan tempahan untuk laptop edisi kolaborasi khas bersama Kojima Productions bersama barisan aksesori gaming edisi terhad. ROG Flow Z13-KJP direka berasaskan karakter ikonik “Ludens” oleh artis legenda Yoji Shinkawa dengan penggunaan bahan premium seperti aluminium CNC dan gentian karbon.

    Ia dikuasakan cip AMD Ryzen AI Max+ 395 bersama grafik Radeon 8060S yang menggabungkan 16 teras CPU Zen 5 dan 40 unit GPU RDNA 3.5 dalam satu cip. Spesifikasi lain termasuk RAM LPDDR5X sehingga 128GB dan menawarkan kuasa AI sehingga 50 TOPS untuk pemprosesan model AI tempatan. Peranti 2-dalam-1 ini dilengkapi paparan 13.4 inci 2.5K ROG Nebula dengan kadar segar semula 180Hz, liputan warna DCI-P3 100% dan papan kekunci boleh tanggal.

    Kolaborasi ini turut memperkenalkan barisan aksesori edisi terhad yang direka khas untuk peminat Kojima Productions termasuk ROG Delta II-KJP, ROG Keris II Origin-KJP dan ROG Scabbard II XXL-KJP. Kesemua aksesori menggunakan identiti visual berwarna putih, emas dan kelabu dengan elemen seni Ludens serta slogan “For Ludens Who Dare”.

    Setiap pembelian ROG Flow Z13-KJP disertakan salinan permainan DEATH STRANDING 2: ON THE BEACH untuk PC yang boleh ditebus melalui perisian Armoury Crate. Tempahan untuk barisan ROG x Kojima Productions dibuka bermula 24 Februari hingga 3 Mac 2026. Untuk pasaran Malaysia, ROG Flow Z13-KJP berharga RM17,999, ROG Delta II-KJP berharga RM1,299, ROG Keris II Origin-KJP berharga RM739 dan ROG Scabbard II XXL-KJP berharga RM239.

    ASUS turut menawarkan pakej bundle eksklusif melalui ASUS Malaysia eStore yang merangkumi komputer riba dan semua aksesori pada harga RM19,889 berbanding harga asal RM20,276. Keseluruhan barisan ditawarkan dalam jumlah terhad dan hanya boleh didapati melalui ASUS Malaysia eStore sepanjang tempoh tempahan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Catcha Digital catat untung 128 peratus hasil ambil alih syarikat media Malaysia

    Catcha Digital Berhad mencatatkan prestasi kewangan paling kukuh setakat ini apabila merekodkan pertumbuhan keuntungan sebanyak 128% bagi suku pertama tahun kewangan 2026...

    Cristiano Ronaldo kini jadi duta global Dreame Technology

    Dreame Technology mengumumkan kerjasama global bersama legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dalam usaha memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran perkakasan rumah pintar...

    Xiaomi Watch S5, Smart Band 10 Pro dan Buds 6 turut rasmi di Malaysia,...

    Selain siri 17T, Xiaomi turut mengumumkan pelancaran beberapa produk baharu di Malaysia menerusi pengenalan Xiaomi Watch S5 46mm, Xiaomi Smart Band 10...

    Siri Xiaomi 17T rasmi di Malaysia dengan Dimensity 9500, kamera Leica dan bateri 7,000mAh...

    Siri Xiaomi 17T secara rasmi dilancarkan di Malaysia dengan dua pilihan model iaitu Xiaomi 17T dan Xiaomi 17T Pro. Model paling berkuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...