More

    Siri Samsung Galaxy S26 dilancarkan di Malaysia: SD 8 Elite Gen 5, paparan privasi dan cas pantas 60W, bermula RM5,199

    Samsung mengumumkan siri telefon pintar Galaxy S26 yang terdiri daripada Galaxy S26, Galaxy S26+ dan Galaxy S26 Ultra sebagai generasi ketiga peranti Galaxy dengan integrasi Galaxy AI. Siri ini menampilkan sistem AI yang beroperasi secara automatik di latar belakang untuk membantu tugasan harian seperti pengurusan jadual, carian maklumat dan penghasilan kandungan.

    Ciri Now Nudge dan Now Brief memberikan cadangan berasaskan konteks termasuk memaparkan kandungan galeri yang relevan atau menyemak konflik jadual secara automatik. Sistem multi-agent AI turut diperkenalkan melalui integrasi Bixby yang dipertingkat bersama sokongan Gemini dan Perplexity bagi membolehkan tugasan berbilang langkah.

    Circle to Search dengan Google kini menyokong pengesanan multi-objek manakala fungsi Document Scan membolehkan dokumen diimbas dan disusun ke dalam format PDF secara automatik. Galaxy S26 Ultra menggunakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy dengan peningkatan sehingga 19% CPU, 24% GPU dan 39% NPU untuk menyokong fungsi Galaxy AI secara berterusan.

    Sistem penyejukan baharu dengan vapor chamber yang direka semula meningkatkan pengagihan haba bagi memastikan prestasi stabil dalam penggunaan berat seperti permainan dan rakaman video. Model Ultra turut menyokong pengecasan pantas sehingga 75% dalam sekitar 30 minit melalui Super Fast Charging 3.0.

    Galaxy S26 dan S26+ pula dijana cip Exynos 2600 dengan tumpuan kepada kecekapan tenaga dan prestasi seimbang. Selain itu, fungsi Photo Assist membolehkan pengguna mengubah elemen imej menggunakan arahan teks seperti menukar suasana siang ke malam, menambah atau membuang objek, memulihkan bahagian imej serta mengubah pakaian dalam foto.

    Rakaman video dipertingkat melalui Nightography Video, Super Steady dengan horizontal lock dan sokongan codec APV untuk kualiti rakaman profesional. Sistem keselamatan berlapis turut diperkenal termasuk AI Call Screening, Privacy Alerts, Private Album serta penggunaan post-quantum cryptography bagi perlindungan sistem. Perlindungan ini disokong oleh Samsung Knox, Knox Vault dan KEEP encryption bersama jaminan kemas kini keselamatan selama tujuh tahun.

    Galaxy S26 Ultra

    Galaxy S26 Ultra hadir dengan paparan 6.9 inci QHD+ Dynamic AMOLED 2X 120Hz, memori sehingga 16GB RAM dan storan sehingga 1TB serta bateri 5,000mAh. Ia menggunakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy dan konfigurasi kamera 200MP utama, 50MP ultra-wide, 50MP telephoto 5x, 10MP telephoto 3x serta kamera depan 12MP. Model ini turut memperkenalkan teknologi Privacy Display terbina yang mengehadkan sudut pandangan sisi untuk melindungi kandungan skrin, selain sokongan WiFi 7, Bluetooth 6.0, Android 16 dengan One UI 8.5 dan penarafan IP68.

    Galaxy S26+

    Galaxy S26+ menampilkan paparan 6.7 inci QHD+ Dynamic AMOLED 2X 120Hz, memori 12GB RAM dan storan 512GB serta bateri 4,900mAh. Ia dijana cip Exynos 2600 dengan konfigurasi kamera 50MP utama, 12MP ultra-wide, 10MP telephoto 3x dan kamera depan 12MP, bersama sokongan WiFi 7, Bluetooth 6.0, Android 16, One UI 8.5 dan IP68.

    "
    "

    Galaxy S26

    Galaxy S26 merupakan model paling kompak dengan paparan 6.3 inci FHD+ Dynamic AMOLED 2X 120Hz, memori 12GB RAM dan storan 512GB serta bateri 4,300mAh. Ia turut menggunakan cip Exynos 2600 dengan konfigurasi kamera yang sama seperti model Plus, bersama sokongan WiFi 7, Bluetooth 5.4, Android 16, One UI 8.5 dan IP68.

    Di Malaysia, tempahan siri Galaxy S26 dibuka dari 26 Februari hingga 10 Mac 2026 dengan harga rasmi RM7,999 untuk Galaxy S26 Ultra (1TB), RM6,799 untuk Galaxy S26 Ultra (512GB), RM6,199 untuk Galaxy S26+ (512GB) dan RM5,199 untuk Galaxy S26 (512GB).

    Tawaran promosi termasuk naik taraf storan berganda, ganjaran Samsung Rewards, rebat RM700 melalui bank terpilih, program tukar beli sehingga RM4,000, diskaun aksesori 30% serta pelan ansuran 0% sehingga 36 bulan. Samsung turut menawarkan Samsung Care+ sebagai perlindungan tambahan meliputi kerosakan tidak sengaja dan sokongan servis rasmi.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured