More

    Samsung Galaxy Buds4 dan Buds 4 Pro turut rasmi dengan Bluetooth 6.1, bermula RM699

    Selain siri Samsung Galaxy S25, Samsung turut melancarkan Galaxy Buds4 Pro dan Galaxy Buds4 yang menampilkan identiti rekaan “blade” dan dibangunkan melalui analisis ratusan juta data telinga global serta 10,000 simulasi bagi menjamin kestabilan serta keselesaan pemakaian sepanjang hari.

    Galaxy Buds4 Pro menggunakan rekaan canal-fit untuk fungsi maksimum manakala Galaxy Buds4 hadir dengan rekaan open-fit. Model Pro dilengkapi pembesar suara dua hala dengan wider woofer yang meningkatkan luas kawasan getaran sebanyak 20% berbanding generasi terdahulu bagi menghasilkan kualiti bunyi hi-fi yang lebih mendalam.

    Kedua-dua model menyokong audio UHQ 24-bit/96kHz serta integrasi ejen AI seperti Bixby, Google Gemini dan Perplexity melalui kawalan suara tanpa tangan. Galaxy Buds4 Pro turut menyokong kawalan gerakan kepala serta fungsi pengesanan suara dan siren secara automatik yang melaraskan bunyi persekitaran secara pintar.

    Untuk ketahanan, Buds4 Pro mempunyai penarafan IP57 manakala model standard bertaraf IP54. Bateri Buds4 Pro mampu bertahan sehingga 6 jam dengan ANC aktif atau 26 jam bersama bekas pengecas manakala Buds4 bertahan sehingga 5 jam bagi penggunaan fon telinga atau 24 jam secara keseluruhan.

    Galaxy Buds4 Pro dan Galaxy Buds4 tiba di Malaysia dengan harga jualan RM999 dan RM699. Tempahan awal bermula pada 26 Februari sehingga 10 Mac 2026 dengan tawaran diskaun 10% bagi pembelian bersama siri Galaxy S atau Z terpilih serta untuk ahli Samsung Members melalui aplikasi rasmi. Jualan umum akan bermula pada 11 Mac 2026 dengan pilihan warna hitam dan putih manakala warna Pink Gold tersedia secara eksklusif dalam talian untuk model Pro.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured