More

    Siri Samsung Galaxy S26 tiba di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy

    Qualcomm Technologies, Inc. secara rasmi memperkenalkan Snapdragon 8 Elite Gen 5 Mobile Platform for Galaxy di Malaysia yang digunakan pada siri Samsung Galaxy S26. Menariknya, ia digunakan untuk dengan model Galaxy S26 Ultra bagi pasaran global manakala Galaxy S26 dan S26+ di rantau terpilih sahaja.

    Kerjasama strategik ini menumpukan kepada integrasi teknologi AI agentic bagi memberikan pengalaman penggunaan yang lebih peribadi dan intuitif melalui fungsi seperti Now Nudge. Selain itu, ia menggunakan CPU Qualcomm Oryon generasi ke-3, GPU Adreno dan NPU Hexagon yang membawa peningkatan prestasi ketara berbanding generasi sebelumnya.

    Secara teknikal, prestasi CPU mencatatkan kenaikan sebanyak 19%, prestasi GPU sebanyak 24%, dan keupayaan NPU melonjak sehingga 39%. Gabungan perkakasan ini membolehkan fungsi seperti Matrix Acceleration dan Nightography dijalankan dengan lebih cekap melalui sistem Galaxy AI.

    Siri Galaxy S26 turut memperkenalkan ciri rakaman Advanced Professional Video (APV) yang tersedia secara eksklusif untuk model Ultra. Daripada segi ketersambungan, sistem Qualcomm FastConnect 7900 menyokong teknologi Qualcomm Smart Transmit Plus untuk mengoptimumkan rangkaian 5G, Wi-Fi, Bluetooth dan pautan satelit.

    Ciri Ultra Wideband (UWB) juga diintegrasikan khusus bagi model Galaxy S26+ dan S26 Ultra untuk interaksi harian yang lebih responsif. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured