More

    MWC 2026: HONOR perkenalkan Robot Phone, telefon yang boleh “hidup” sendiri

    Di Mobile World Congress (MWC) 2026 di Barcelona, HONOR memperkukuhkan visi Augmented Human Intelligence (AHI) dan mempercepatkan ALPHA PLAN melalui tiga teras utama yang merupakan Alpha Phone, Alpha Store dan Alpha Lab. Berteraskan komitmen jangka panjang terhadap AI berpusatkan manusia, HONOR turut memperkenalkan konsep futuristik Robot Phone iaitu evolusi baharu telefon pintar yang menggabungkan kecerdasan buatan dengan pergerakan fizikal dan kesedaran ruang.

    Pada masa sama, HONOR melancarkan Magic V6 bersama peranti ekosistem baharu iaitu MagicPad 4 dan MagicBook Pro 14, sekali gus mengukuhkan hala tuju mereka untuk menyatukan perkakasan dan perisian pintar mengikut keperluan sebenar pengguna. Robot Phone digambarkan sebagai “spesies baharu” telefon pintar yang menggabungkan interaksi AI berjasad (embodied AI) dengan keupayaan pergerakan bertaraf robot serta pengimejan sinematik.

    Tidak lagi terhad kepada skrin dan arahan suara, peranti ini dilengkapi persepsi multimodal yang boleh mengenal pasti bunyi, menjejak pergerakan dan mengekalkan kesedaran visual secara masa nyata. Ia juga menyokong panggilan video AI dari pelbagai sudut dengan kawalan gerakan automatik, selain mampu menunjukkan bahasa badan seperti mengangguk, menggeleng dan malah “menari” mengikut muzik untuk pengalaman interaksi yang lebih hidup dan ekspresif.

    Daripada sudut kejuruteraan, HONOR membangunkan motor mikro ultra-kompak dan sistem gimbal 4DoF terbina dalam bagi membolehkan kawalan pergerakan yang stabil dalam ruang yang sangat terhad. Seni bina mekanikal ini menyokong penstabilan tiga paksi, mod Super Steady Video, AI Object Tracking dan AI SpinShot untuk rakaman lebih lancar serta peralihan sinematik 90° dan 180°. Dilengkapi sensor 200MP dan sistem kamera bergimbal, Robot Phone direka untuk merapatkan jurang antara rakaman telefon pintar dan penceritaan visual bertaraf profesional.

    Selain itu, HONOR turut memperkenalkan robot humanoid pertamanya sebagai langkah strategik memasuki bidang robotik pengguna. Robot ini memberi fokus kepada bantuan membeli-belah, pemeriksaan tempat kerja dan sokongan sebagai teman interaktif. Melalui gabungan Robot Phone, robot humanoid serta peranti seperti Magic V6, MagicPad 4 dan MagicBook Pro 14, HONOR menunjukkan komitmen untuk merapatkan dunia AI digital dan fizikal, sekali gus membentuk generasi baharu peranti pintar yang lebih adaptif, peribadi dan berorientasikan manusia.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...